kredit : Aksara Keraian Facebook |
Kalian akan melihat penulis yang sebelum ini lebih kepada tema cinta diminta untuk menulis dengan tema thriller. yang selau menghidangkan kita dengan kisah-kisah aksi/thriller/seram pula akan dikerah tenaga untuk menghasilkan cerpen berbentuk cinta dan keagamaan.
Bagi MN, MN akan menulis kisah kanak-kanak berdasarkan dongeng rakyat. Jujur, MN pernah terfikir mahu tarik diri. Masakan tidak, menulis cerita kanak-kanak bukannya mudah ditambahkan pula perlu ada unsur dongeng. Cerpen kanak-kanak tentulah sasarannya untuk bacaan kanak-kanak( walaupun yang akan membaca di laman Aksara itu bukan kanak-kanak ye... hehehe). Jadi, disebalik dongeng yang mahu dijadikan ramuan cerita, cerpennya perlu ada nilai-nilai yang perlu dipelajari bila cerpen itu dipersembahkan. Aduh, buntu jadinya. Habis semua dongeng MN selak dan baca. Si Kelembailah, Puteri santubong, batu belah batu bertangkuplah, Cinderella, Snow White, Beauty & The Beast dan macam-macam kisah dongeng dari serata dunia (dunia ke?). Sampai sanggup bertapa di MPH kerana hal ini. tapi sampai saat ini, langsung tak ada idea.
Okeylah,
JADUAL SETIAP KARYA DISIARKAN
(Klik untuk mengetahui genre dan tema setiap penulis aksara)
WC ini adalah Write Cup ala-ala world cup. Ada pusingannya. Ada hadiah. Ada Juri tapi tak dapat dipastikan siapakah mereka-mereka itu. =]
kepada kalian semua, selamat membaca dan berikan komen-komen kepada setiap hasil penulisan penulis Aksara Keraian supaya kami dapat memperbaiki penulisan-penulisan kami.
Kepada Penulis-penulis Aksara Keraian, selamat maju jaya. Tak kiralah siapa yang menang dipenghujung nanti, asalkan kita sudah berjaya untuk menyahut cabaran ini. Mungkin di sini, kita akan belajar bagaimana untuk menjadi penulis yang benar-benar penulis walaupun sekadar di dunia maya ini.( ya, MN memang pandai bab menasihat orang tetapi diri sendiri.. hancussss...)
Comments