Skip to main content

Memori yang Gagal

Baru menghabiskan bacaan sebuah buku... Sebuah travelog lebih tepat. Dahi saya berkerut-kerut bila membaca cerita-cerita yang macam pernah dibaca. Malah saya tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Takkanlah buku yang baru saya beli tidak sampai seminggu ini pernah saya beli? Mau sedapkan hati saya belek tarikh cetakan pertama. 2012. Mungkin saya pernah membaca dikedai buku tanpa membelinya. 

Tapi akhirnya, saya yakin saya telah membeli ini sebelum ini. Cuma saya sekadar membaca dibahagian yang menarik minat saya. Kali ini sahaja saya membaca muka surat demi muka surat. 

Agaknya, saya perlu sediakan buku nota. Setiap kali membeli buku, saya kena catatkan atau semak semula buku nota sebelum membuat kesilapan yang sama. Rasanya ini bukan kali pertama, pernah juga membeli majalah yang sama. Semuanya gara-gara saya membaca topik yang saya rasa menarik sahaja pada waktu itu.

Memori saya ini pendek riwayatnya, agaknyalah. Sampai sekarang juga saya masih tidak dapat mengingat lelaki yang menegur saya  ketika menunggu bas di hadapan rumah di kampung minggu lepas. Bila emak bertanya siapa, yakinnya saya menjawab budak felda sebelah. Melihat mak berkerut-kerut dahi, terus sayapun jadi keliru. Mukanya saya ingat, namanya saya lupa. Malah saya tidak ingat dia itu memang budak felda sebelah, budak semasa bersekolah asrama atau ketika saya belajar di Pulau Pinang?

Otak saya ini tua sebelum waktu agaknya!?








Comments

MzaMuhd said…
adeh!!! tertarik dgn ayat... 'tua sebelum waktunya' kelaka plak dengar...

Popular posts from this blog

SODA BIKARBONAT + SABUN CUCI PINGGAN LAWAN PERIUK BELANGA

gambo dari blog ni <<,>>> Untuk hilangkan kesan hangit, melekat dan sewaktu dengannya anda hanya perlukan :_ dan tak kisahlah jenama apa... cecair ke tak, pun boleh guna Cara-caranya. 1. Masukkan sesudu besar soda bikarbonat, sabun pencuci pinggan dan air ke dalam periuk. 2. Lepas tu letak periuk belanga tu atas api bagi mendidih dan lepas tu tutup. Buang air panas tu & cepat-cepatlah tonyok dengan span basuh pinggan ataupun senduk nasi yang plastik tu. 3. Hasilnya... periuk anda yang ada kesan kerak nasi, sambal hangus yang degil nak hilang tu sekarang ni kembali lawa...  Aku dah cuba sebab hari tu buat sup guna rice cooker lepas tu letak telur. Lupa pulak kuah supnya sikit, jadinya telur terus mendap ke bawah melekat kat periuk nasi tu. Rendam dua tiga hari tak hilang, rendam dengan air panas pun sama degil. Akhirnya ternampak cara-cara camne nak buat kat facebook. Balik kerja terus buat dan memang berhasil betul aku ikut cara tu! Sel

Resepi : Nasi Kanji / Bubur Nasi utara

Setiap kali bulan puasa, makanan yang paling suka adalah Nasi Kanji atau Bubur Nasi. Memang tak kisah kalau hari-hari sepanjang bulan Ramadan makan benda alah ni. Bila duduk sendiri, teringin nak makan Nasi Kanji kenalah buat sendiri. Minggu pertama puasa tu,  balik kampung dah dapat berbuka dengan Nasi Kanji. Sampaikan sahurpun makan benda yang sama. Satu lagi makanan yang best sehingga boleh tambah 2 pinggan nasi adalah lauk ikan masin goreng bersama bawang + cili! Yummy!! Nasi Kanji versi terlebih pekat. Jadi, nak kongsi jugalah resepi ni. Kot-kot ada yang tersesat cari resepi ringkas Nasi Kanji ni..  ^_^ Bahan-bahan :- Beras Santan  Garam Halba  udang kering Bawang Udang Geragau Lobak Masin - kena rendam dalam sejam dua, bagi hilang sikit masin dia Cara-Cara:- 1. Basuh beras bersama halba dan udang kering. Tanak nasi tu macam nak masak bubur. 2. Potong bawang nipis-nipis dan goreng bersama udang geragau. Bila sudah garing, angkat.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.