Thursday, November 22, 2012

Personal : Adik Lelaki Aku.


Nama adik lelaki aku Omar Azmi. Umur dia 24 tahun. 


Emak pernah bercerita dengan aku.


Emak: Hari tu emak ada mesej Mi.. Mak cakaplah 'amboi Mi... senyap ja...' Lepas tu Mi balaslah mesej emak tu. Dia kata ' Adik mana ada cuti nak balik.' Emak balaslah, mak kata bukan dia nak suruh dia balik sini, suruh telefon ja.. takpun mesej sekali sekala. Ini diam ja.


Adik aku tu tak reti menyembang. Tapi duit top up dok minta kat aku jugak walaupun dah kerja. Dia nyembang dengan kawan-kawan dia, dia retilah. Biasalah lelaki. Kalau mak aku tak mesej @ telefon dia, dia pun tak mesej/telefon lah. 


Hari tu aku baca status facebook dia.

'da lame tak balik kampung , hari tu mak col , uh sebak la gak . . . . ada masa blek la kg ..'

Baru-baru ni jugak, gambar profile dia dah tukar... dia letak gambar dia dengan mak masa raya tahun lepas. Sweet pulak aku rasa adik aku ni. hahaha

Semalam aku SMS dengan dia. Dia beritahu aku dia nak balik kampung, dia nak mintak cuti 3 hari minggu depan. Siap dia pesan dengan aku... 'Ko jangan beritahu emak pulak... aku nak buat surprise...ko tu bukan boleh, hari tu pun ko cerita kat mak'. Haha

Bukan aku sengaja cerita. Tercerita sebenarnya. Al-maklumlah aku ni pun jenis tak tak banyak cakap... tak tahu nak cerita apa... :P

Teddy Bear

Ingatan yang tidak dapat dilupakan. Teddy Bear. 🤣🤣😂😂😅 Macam manalah benda alah tu wujud lagi.