Sunday, November 25, 2012

Personal : Majlis Seorang Kawan

24.11.2012
Akhirnya seorang lagi kawan baik aku bertukar status. Tahniah untuk Vinoth & isteri. Kerana majlisnya malam, hampir sahaja aku tak jadi pergi kalau tak ada orang nak meneman. Tapi rasa serba salah kalau tak pergi sebab Vinoth yang aku kenali amat senang bila diajak atau diminta sesuatu. Nasib baiklah si Jemley a.k.a Abang Jem dapat cuti. Yalah, kalau dia tak cuti mahunya si Vinoth merajuk lima kurun. Haha

Kami sama-sama berkawan sejak belajar di Pulau Pinang. Alhamdulillah masih kekal berkawan sampai sekarang. Aku dikira rapat dengan Vinoth dan Abang Jem (Orang Sabah) sebab sama-sama duduk kat area sini. Kawan-kawan yang lain semua duduk jauh-jauh.

Berbalik pada majlis resepsi Vinoth, waktu nak makan ayahnya siap beritahu Abang Jem lagi yang makanan yang disediakan halal, jadi jangan risau. Menunya sebijik macam menu orang Melayu kahwin. Nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging, pecal, sambal terung dll. Aku makan dengan tanpa peduli dan ayu ke tak. Lapar punya pasal. Kehkehkeh.

Lepas makan, kamipun pakat nak balik sebab dah pukul 9.30. Pengantin pulak dok sibuk bergambar dengan sedara mara dan tetamu. Kamipun ikut tumpang sekaki. Mak aiiii sekali aku pandang belakang, berderet-deret orang beratur nak ambik gambar dengan pengantin. Boleh kata satu dewan tu semua nak ambik gambar sekali. Pertama kali aku tengok. Biasanya yang nak ambik gambar dengan pengantin ni sesetengah orang je.

Sampai giliran kami, seganpun ada sebab semua dok perati. Tapi aku redah je sebab yang kenal aku kat situ pengantin je.hahaha.

Akhirnya, kamipun balik. Gambar setakat satu tu je. Itupun kat jurukamera pengantin.

♥♡♥♥
Soalan cepumas dari kengkawan ku... KAU BILA LAGI?

Jawapan cepuperakku adalah... TUNGGULAH.

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁