Friday, November 30, 2012

Personal : Pemergian


Hidup mati itu rahsia ALLAH. Pasti.

Kekadang kita langsung tak menyangka orang yang dekat dengan kita ataupun paling tidak orang yang kita kenal tetiba pergi meninggal dunia.

Bekas rakan sekerja aku baru meninggal dunia semalam. Aku terkedu.

Minggu lepas diberitahu arwah kena tahan di wad dan akan dibedah kerana sakit buah pinggang. Mendengar itupun sudah buat aku terkejut besar.

Semalam kawan aku telefon, dia beritahu arwah sudah nazak. Untuk dapatkan kepastian aku hubungi bekas bos aku. Dia memberitahu bahawa arwah terjatuh semasa ke hospital untuk mencuci darah. Semasa terjatuh arwah masih boleh bangun dan pergi ambik ubat lagi tapi ketika nak ke motor arwah rebah dan pengsan. Arwah koma dan menurut doktor harapan untuk arwah sedar terlalu tipis.

Akhirnya, dalam pukul lapan aku menerima panggilan lagi dari bekas bos aku menyatakan arwah sudah meninggal dunia. Kami baru sahaja berniat mahu menjenguk arwah di hospital esok tapi aku tak sempat. Selepas menerima berita tu aku bergegas menaiki teksi dan lrt untuk ke HKL tapi dalam perjalanan bekas bos aku beritahu jenazah arwah akan dibawa pulang ke kampungnya waktu itu juga dan aku takkan sempat untuk datang melihat. Akhirnya aku patah balik semula.

Sedih dan sebak. Arwah masih muda. Usianya belumpun sampai 35. Tapi itu semua rahsia dari Yang Maha Kuasa. Arwah pergi meninggalkan isteri yang tidak bekerja dan 2 orang anak yang masih kecil. Aku tidak dapat bayangkan kehidupan isterinya dan anak-anak.

Jenazahnya sudah dikebumikan pukul sepuluh pagi tadi di kampung halamannya di Perak. Moga ALLAH menempatkan arwah dikalangan orang-orang beriman.


2 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

takziah dan al-fatihah...

amin, semoga roh dicucuri rahmat.

Anonymous said...

dah sampai janji Allah buatnya...semoga rohnya dicucuri rahmat Allah,
..semoga si isteri tabah menempuh hidup bersama2 amant suami...

-che`leen-

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁