Friday, December 28, 2012

Cabaran 90 Hari!





90 hari sama dengan tiga bulan. Nampak angka 90 tu macam lama lagi. Tak apa. Ceh. Sat lagi pejam celik je dah cukup 90 hari. Ini cabaran daripada Cik Ian. Perlu siapkan sebuah manuskrip lengkap. Cabaran untuk diri sendiri mahu dapat dalam 450 bab. Mampu? Tengok je lah... Tapi hint sinis dari Cik Ian, 'aku makin dah meningkat umur ni makin menepati janji'. kekekeke. Jadi nampaknya, akupun kena ikutlah jugak sebab umur akupun makin meningkat. Kan? - Walaupun menepati janji itu tidak pernah kenal usia. Tet.

Untuk ke -2 Kalinya ni sebenarnya adalah dari cerita Berikan Aku Satu Peluang. Sekarang ni tengah study balik apa yang patut sebab lama sangat dah tinggal. Baca-baca balik semalam banyak sangat yang salah. Itulah masalah aku kalau setakat baca dari komputer, kena printout dulu barulah perasan ada banyak sangat salah.

Apapun, harap dapatlah siapkan dalam 90 hari ni. Ahho! 

2 comments:

NusrahYahya said...

Akan diterbitkan menjadi sebuah novel ke? :)

Adzmar Fazami said...

Kak Nusrah : Tak kot kak.... suka-suka je ni. :)

Teddy Bear

Ingatan yang tidak dapat dilupakan. Teddy Bear. 🤣🤣😂😂😅 Macam manalah benda alah tu wujud lagi.