Friday, January 4, 2013

Ada Taman Dalam Hati ♥

Dua tiga hari lepas ada baca status facebook adik lelaki aku tapi tak baca habis sebab rasa macam gila gatai adik aku ni.

Tapi tadi adik perempuan aku tag nama aku kat status adik aku tu.

' Hari jadi kekasih awal dan akhir sudah dekat...aper yang aku nak hadiah kan....( hari jadi mak saya )'

Itu 'bunyi' status dia. Sebelum ni aku baca sampai sudah dekat tu je.... Tadi baru baca sampai habis dan buat aku senyum sampai telinga.

Jujurnya, adik lelaki aku amatlah susah untuk bersuara. Kadang kadang boleh bikin kita yang bercakap dengan dia rasa nak sepak terajang je dia. Kalau kita telefon 10x dia jawab mungkin hanya 2 kali. Yang selebihnya dia akan sms kita tanya apahal.

Tapi rupanya dia lebih gemar tunjuk rasa begini.  :)

No comments:

Teddy Bear

Ingatan yang tidak dapat dilupakan. Teddy Bear. 🤣🤣😂😂😅 Macam manalah benda alah tu wujud lagi.