Skip to main content

Maka Kami Rakyat Malaysia...

...berikrar akan menumpukan seluruh tenanga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan & Kesusilaan

Berapa ramai yang ingat?

Jujur aku tak ingat. Tunggang terbalik. 

Terima kasih kepada Dataran Merdeka yang telah membuatkan aku kembali mengingat.  ^_^

Lagu Negeri Pahang lagilah satu apa aku tak ingat. Maklumlah, waktu sekolah dulu je dok hafal. Walaupun lagunya beberapa rangkap sahaja. 

Lagu Negaraku? Kalau tak ingat, memanglah! Masa dok cari lagu Negaraku ni kat youtube.... Banyak sangat orang-orang Indonesia yang komen dan maki hamun Malaysia. Kenapa? Dituduh ciplak lagu Terang Bulan milik depa! Dipanggil kita maling! Pada aku, sesama jiran tertangga... orang kata ibarat abang dengan adik, perlu ke semua tu? Aku tak kata semua Indo macam tu, tapi kebanyakannya bila lagu berkenaan Malaysia semua kena kutuk oleh depa. Tak boleh ke hormat sikit? Aduhai... 




Comments

Popular posts from this blog

SODA BIKARBONAT + SABUN CUCI PINGGAN LAWAN PERIUK BELANGA

gambo dari blog ni <<,>>> Untuk hilangkan kesan hangit, melekat dan sewaktu dengannya anda hanya perlukan :_ dan tak kisahlah jenama apa... cecair ke tak, pun boleh guna Cara-caranya. 1. Masukkan sesudu besar soda bikarbonat, sabun pencuci pinggan dan air ke dalam periuk. 2. Lepas tu letak periuk belanga tu atas api bagi mendidih dan lepas tu tutup. Buang air panas tu & cepat-cepatlah tonyok dengan span basuh pinggan ataupun senduk nasi yang plastik tu. 3. Hasilnya... periuk anda yang ada kesan kerak nasi, sambal hangus yang degil nak hilang tu sekarang ni kembali lawa...  Aku dah cuba sebab hari tu buat sup guna rice cooker lepas tu letak telur. Lupa pulak kuah supnya sikit, jadinya telur terus mendap ke bawah melekat kat periuk nasi tu. Rendam dua tiga hari tak hilang, rendam dengan air panas pun sama degil. Akhirnya ternampak cara-cara camne nak buat kat facebook. Balik kerja terus buat dan memang berhasil betul aku ikut cara tu! Sel

Resepi : Nasi Kanji / Bubur Nasi utara

Setiap kali bulan puasa, makanan yang paling suka adalah Nasi Kanji atau Bubur Nasi. Memang tak kisah kalau hari-hari sepanjang bulan Ramadan makan benda alah ni. Bila duduk sendiri, teringin nak makan Nasi Kanji kenalah buat sendiri. Minggu pertama puasa tu,  balik kampung dah dapat berbuka dengan Nasi Kanji. Sampaikan sahurpun makan benda yang sama. Satu lagi makanan yang best sehingga boleh tambah 2 pinggan nasi adalah lauk ikan masin goreng bersama bawang + cili! Yummy!! Nasi Kanji versi terlebih pekat. Jadi, nak kongsi jugalah resepi ni. Kot-kot ada yang tersesat cari resepi ringkas Nasi Kanji ni..  ^_^ Bahan-bahan :- Beras Santan  Garam Halba  udang kering Bawang Udang Geragau Lobak Masin - kena rendam dalam sejam dua, bagi hilang sikit masin dia Cara-Cara:- 1. Basuh beras bersama halba dan udang kering. Tanak nasi tu macam nak masak bubur. 2. Potong bawang nipis-nipis dan goreng bersama udang geragau. Bila sudah garing, angkat.

13 april 18

Esok genap 3 bulan mak pergi. Depan orang aku kuat. Aku kuatkan diri. Tapi tak semudah tu. Mak... Harini Along teringatkan kesukaan mak. Kali terakhir mak datang sini Along bawak mak ke secret recipe. Along nak mak rasa makanan sedap.. lain dari biasa2. Mak pilih pasta medley... berselera mak makan. Mak kata sedap. Banyak mak makan.