Tuesday, February 26, 2013

Take Off : Inspirasi Kisah Benar (Korea)


Kisah ini berinspirasikan daripada kisah benar berkenaan Korea Selatan yang mahu menjadi host untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk tanpa mereka sendiri mempunyai peserta bagi acara  Ski Jumping. Jadi untuk melayakkan mereka bertanding untuk menjadi hos pada Olimpik Musim Sejuk 2002, Pasukan Ski Jumping Korea Selatan telah dibentuk. Oleh kerana sukan ini tidak popular ia hanya mempunyai lima orang peserta/ pemain-( Bagi melayakkan mereka menyertai olimpik)


Cerita ini tidak membariskan artis-artis idol atau terkenal dari Korea Selatan tetapi mereka cukup berbakat. Ha Jung Woo yang memegang watak sebagai Hyeon Tae-lelaki Korea yang dijadikan anak angkat oleh pasangan Amerika dan pulang ke Korea untuk mencari ibu kandungnya misalnya seorang pelakon kategori veteran yang cukup memberansangkan setiap lakonannya.

Begitu juga dengan pelakon lainnya. Lee Jae Eung yang memainkan peranan adik kepada Kim Ji Seok  cukup berjaya membawa watak seorang autistic tetapi punya semangat yang kuat. Hasilnya 2 jam lebih menonton tak rasa menyesal pun!

Penuh rasa teruja, humor dan terselit kesedihan... cerita ini memang menyuntik inspirasi dan sesuatu yang harus ditonton. ^_^

*Korea Selatan kalah bidaan kepada Salt Lake, United States pada tahun 2002 tetapi berjaya dalam bidaan 2018.

*Cerita ini inspirasi kisah benar tetapi tidak seratus peratus benar. 







kredit : Hancinema

No comments:

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁