Selalu terjadi, aku call budak rumah minta tolong cek sama ada aku tutup suis ke tak! Selalunya suis iron... bukannya apa, iron paling bahaya... setakat suis charger telefon x off tak apa lagi, kalau suis iron mahu terbakar rumah. Aku ni pula jenis yang selalu was2 sedangkan sebelum keluar tu dah cek dah tapi selalu kena 'rasuk' dengan fikiran was2.
Jadinya, bila dah ternampak plug timer terus beli walaupun agak mahal. Bila bukak je manualnya setakat lima enam baris ayat tanpa gambar. Mana lah aku faham. Akhirnya google n tengok youtube cara penggunaannya. Tapi aku masih bengong dengan manual video tersebut. Jadinya aku cuba2 sendiri... kalau tak berjaya gak, kena lah menuntut ilmu dari orang lain.
Comments