Tuesday, April 9, 2013

Angan-Angan Buah Berangan...

Aku suka masak memasak. Tak kira apa sahaja. Yang senang tentu sekali. Jadi atau tak jadi, lain kira. Hari ini tak jadi, esok buat sekali lagi. Haha.

Angan-angan buah berangan, konon-konon... mahu buka cafe. Menu utama bubur! Memang sungguh ikut selera tekak sendiri. Aku suka bubur. Bubur nasi terutamanya. Bukan moi yang baby  makan tu lah. Mak aku pakar membuat bubur nasi ataupun kami panggil nasi kanji. Ataupun orang lain panggil bubur lambuk. Semasa bulan puasa kalau boleh hari-hari mahu makan nasi kanji. Ringkas tetapi menyelerakan. Bahan-bahannya sekadar beras, santan kelapa, udang kering, garam dan juga bawang goreng. Aku boleh ulang 3,4 kali makan.

Duduk menyewa kalau lapar tapi malas nak mencari bahan-bahan ataupun malas nak memasak berjenis-jenis lauk, memang bubur lah menjadi santapan utama. Senang. Tanak nasi sampai jadi bubur, racik-racik bawang besar dan goreng sampai garing. Bila nasi sudah kembang dan menjadi bubur masukkan bawang goreng ke dalam periuk. Kalau rajin, goreng ikan dan masukkan ikan yang telah dibuang tulang  ke dalam periuk  berisi bubur. Siap! Seronoknya di rumah sewa aku tu memang ada 'hantu' bubur. Hehe

Lepas tu, menu lain yang aku berangan nak ada kat cafe aku tu adalah makanan-makanan pencuci mulut orang Melayu. Contohnya bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, serawa/pengat pisang/durian dan macam-macam lagi lah. Memang menunya adalah bubur! Dan minuman utama adalah kopi pelbagai perisa dan jenis! Hehe

Angan-angan buah berangan ni bila la nak jadi kenyataan kan? ^_^


kredit : wallcoo.net



No comments:

Teddy Bear

Ingatan yang tidak dapat dilupakan. Teddy Bear. 🤣🤣😂😂😅 Macam manalah benda alah tu wujud lagi.