Tuesday, April 30, 2013

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!



Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^

Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best. 
Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website. 


Itulah poskad yang aku hantar. Gambar rama-rama tu diambil oleh budak rumah aku. Aku cuma edit sikit dan tambah yang 'Perak, Malaysia' itu saje. ^_^
Bukan susah pun buat sendiri, lagi mengikut kehendak. sebab postcrosser ni ada mereka punya kehendak sendiri. Ada yang nak lanskap, gambar kucing, gambar manusia, gambar zaman retro-retro. Tapi bukan kemestianlah untuk kita ikut apa yang mereka nak, itu cuma sekadar untuk 'panduan' kepada kita. Kalau boleh ikut apa yang mereka nak, lagi bagus. Pastikan saiz poskad kita itu ikut saiz standard poskad- kalau lebih 2,3 cm tu tak apa. Kalau tak pasti, boleh pergi ke MPH beli sekeping poskad jadikan poskad tu sebagai contoh. 
Ada juga di kalangan mereka, suka tengok/kumpul setem dari pelbagai negara. Jadi eloknya, kita gunalah setem yang nampak unik sikit. Boleh beli di mana-mana pejabat pos ataupun kedai-kedai. Dan kos setem untuk sekeping poskad cuma 50sen sahaja. Hantarlah ke ceruk dunia mana sekalipun!
Jadi, marilah kita bertukar-tukar poskad dengan orang yang tidak dikenali! :D

6 comments:

Nurul Mardhiah Mohd Nashuha said...

Hi!!
Saya pon salah seorang peserta Post Crossing. kat tempat saya lagi susah nk dapatkan postcard. so, i decide to make it myself. memg teruja bila dapat postcard dari luar negara. program macam nie memg bagus!

siti hazreen said...

saya pun join post crossing, best..tapi masalahnya susah nak dapat poskad malaysia sekarang nih huhu

neko tachi said...

i also joined postcrossing, currently inactive sebab SUSAH GILA nak cari poskad skang. semua prefer email.

Hatsukoi Robato said...

Betul tu... kalau yg ada pun mcm terlalu bersifat pelancongan.. sekarang ni tak aktif dah.. tengok la bulan2 depan. 😊

Hatsukoi Robato said...

Samalah. Sekarang tak aktif, tapi rasa macam nak aktif balik & buat poskad sendiri. ^_^

tiga lalat said...

nice, wak baru hntr my first postcard today ., hehe2

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁