Sunday, May 19, 2013

Lawatan ke Pasar Seni a.k.a Central Market

Tajuk macam budak sekolah pergi rombongan sekolah je. :D

Kali terakhir jejak kaki ke Pasar Seni, rasanya waktu tu Pasar Seni masih belum dibaikpulih dan tiada penambahbaikan lagi. Waktu tu rasanya tempat makannya terletak di atas bumbung lagi.

Hari Sabtu hari tu tanpa sebarang rancangan kami ke Pasar Seni. Lepas juga hajat aku untuk ke sana. Terima kasih kepada rakan-rakan serumah yang sekepala.

Lepas ke surau yang masih terletak di bahagian atas sekali (bumbung) masing-masing mencari tandas. Sekali masuk kena 50sen. Bukan soal cas tu yang buat kami rasa sedikit terkilan, sebab tandas dia memang bersih. Cuma, kami memgharapkan tandasnya lebih 'tradisional'. Ada paip! Ini tidak, 10buah tandas kesepuluh-sepuluh tu tanpa paip. Aduhai, nak tak nak gunalah juga walaupun tak selesa.

Lepas tu, kami ke medan selera. Alhamdulillah, tempatnya lebih selesa. Makanannya boleh tahan, begitu juga dengan harganya.

Misi aku ke Pasar Seni sebenarnya adalah untuk mencari poskad. Mana tidaknya, aku cari dekat Border &  MPH The Curve, memasing tak ada. Pergi pejabat pos TTDI pun tak ada. Budak tu siap suruh cari kat kedai buku. Sudah ler setem 50sen dia setem biasa je. Kat dalam website pos Malaysia, memacam ada. Takkan aku nak kena gi HQ dia kot? Aih.

Akhirnya dapat lah aku poskad yang aku cari-cari. Dekat sini, oleh sebab tempat tumpuan pelancong tak ada lah poskad selain gambar2 pemandangan atau tradisi Malaysia. Tapi aku jimat 20sen setiap poskad sebab kat tempat lain yang pernah aku beli harganya RM1.

Kami akhiri lawatan kami ke Pasar Seni dengan budak rumah aku beli 4 paket putu buluh. Sebab dah sejuk, kuih tu tak sedaplah sangat. Lagipun, kuih tu bagi aku dia buat terlembik sangat. Dan akhirnya tak habis!Poja... oh Poja... haha

No comments:

Teddy Bear

Ingatan yang tidak dapat dilupakan. Teddy Bear. 🤣🤣😂😂😅 Macam manalah benda alah tu wujud lagi.