Hari ni tak ada mood tetiba kerana satu hal.
Walaupun bukan sesuatu yang besar tetapi tetap menjadi satu hal yang memusnahkan segala mood.
Tapi tak apalah...
Pada aku, senang sahaja... kalau dah sensitif sangat, tak perlulah aku nak bertegur sapa.
Mungkin sebab tu kot, aku lebih banyak diam daripada bercakap.
Lebih banyak dengar dari menyuarakan.
Tapi kadang-kadang mulut dan tangan terlebih 'baik' pula. Nak buat macam mana kan?
Aku luahkan kat sini sebab aku ni jenis memikir. Bodoh pulak rasanya.
Aku memang sensitif, tapi sensitif aku tidaklah sampai aku boleh gurau kasar tapi bila kena batang hidung sendiri melenting tak tentu pasal macam sesetengah orang. Aku sensitif bila orang yang aku rasa macam ini jadi macam itu, pada sesuatu benda yang sebenarnya tak ada apa-apa pun. Tapi... yalah, aku bukan psikik yang boleh tahu apa yang orang tu fikir.
Tamat. Main bowling masuk longkang pun best ni!
Comments