Saturday, July 6, 2013

Nafsu Makan Menggila, Diet ke Pluto!

Entah, aku ini jenisnya tak reti memotivasikan diri. Konon nak diet, akhirnya makan tak ingat dunia. Aku bukan nak diet kuruskan badan, nak kuruskan muka sebenarnya. Muka ni dah macam belon, double chin dah jelas lagi nyata. Tak tahu nak buat macam mana. Jadinya azam bulan puasa, makan apa yang ada... tiada makanan bazar ataupun bungkus. Tiada makanan bazar tu sebabnya aku rasa kat kawasan rumah aku ni tempat yang dulu2 ada bazar dah kena 'serang' dengan projek MRT. Aku suka walaupun sebenarnya agak sakit hati sebab jalan penuh batu bila berjalan kaki pakai kasut tumit 1inci je asyik nak terpelecok.

Cerita pasal makan dua tiga menjak ni, aku gila daging kambing dan sushi mentah yang kat Jusco tu. Dua minggu ni boleh kata lima enam kali jugak aku hadap benda alah tu. Kelmarin dulu gi OU beli dah yang siap perap, tadi pergi lagi... beli lagi. Lepas tu pergi Tesco, beli lagi daging kambing tapi yang tak perap. Yang best, daging perap dari jusco ni tak liat... lembut je... masak kejap je pun dah ok. Orang kata daging kambing ni panas tapi aku makan okey je. Yang sushi pulak, aku jadi gian nak makan yang ada salmon dan ikan mentah tu... aku sorang-sorang boleh hadap 1 set yang ada lebih kurang 10biji sushi.  Yang best, aku makan semuanya pada waktu malam. Lepas makan baru nyesal tapi esok makan lagi.





Gambar dari google.



No comments:

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁