Skip to main content

KL - JAKARTA - BANDUNG - JAKARTA - KL

Kali pertama bercuti luar dari Malaysia.

Tidak terlalu teruja dan seronok. Sebab mungkin ini bukan percutian idaman.
Aku sekadar mengikut teman-teman serumah. 

Penerbangan yang sudah ditempah seawal mei (?) 2013 terlaksana juga setelah pelbagai masalah.

Pesawat yang dijangka tiba pada pukul 10.20 malam lewat lebih setengah jam. Jadinya kami tiba di Jakarta lebih kurang pukul 2 pagi waktu Malaysia. Terus minta  Pak Surya mencari tempat makan. Tiada kedai di buka sehingga pagi ataupun 24 jam melainkan KFC dan makanan segera lainnya. Selesai makan terus ke hotel penginapan.

Pukul 5 pagi terjaga dari tidur, terkejut bila melihat hari sudah siang. Sudah cerah. Pada hematku yang kurang cerdik ini, kalau waktu Indonesia itu lewat sejam tentu sahaja peredaran waktu malam ke siangnya juga lebih lambat. 

Pukul 8.30 pagi kami bergerak mengelilingi Jakarta. Ke Masjid Istiqlal, Ke MONAS, melewati Istana, ke muzium dan akhirnya ke Taman Mini Jakarta yang mengumpulkan pelbagai jenis rumah dan budaya kaum di Jakarta. Aku tidak berapa seronok kerana keadaan diri yang kurang mengizinkan. Selsema teruk sehingga rasa mahu demam. Telan ubat berbiji-biji pun tetap begitu.

Habis sahaja melawat TAman Mini Jakarta kami terus bergerak ke Bandung, kota yang digelar Paris Van Java dan tiba lebih kurang tiga jam kemudian.

Hari ke dua di Bandung kami mulakan dengan melawat Tangkuban Perahu, tempat gunung berapi yang masih aktif. Suasana sejuk je di atas ni. Tangkuban Perahu ini namanya diambil dari satu kisah dan aku langsung tidak nampak bentuk perahu yang diceritakan oleh Pak Surya, pemandu pelancong kami. Awal-awal lagi Pak Surya sudah ingatkan bahawa kami akan menjadi artis ketika di sini. Memang tepat sekali! Sebaik kami turun dari kereta yang dipandung oleh Bambang, kami disambut oleh sekumpulan lelaki penjual. Mereka mengikut kami dari awal sehinggalah akhir. Memberi 'khidmat nasihat' secara percuma. Kononnyalah! Bila di akhir lawatan kami, bila kami tidak membeli mula buat ayat kesian. Kononnya, mereka mengikut sejak dari kami turun van, jadi belilah barang daripada mereka. Nak je aku jawab, siapa suruh kau ikut? 

Dari Tangkuban Perahu kami ke hotspring. Alhamdulillah kali ini kami tidak disambut bagaikan artis. Kecuali seorang lelaki berpakaian kuning membawa kantung berisi ais krim. Tidak memaksa seperti di Tangkuban Perahu! dan lelaki itu menghilang tidak sampai sepuluh minit kami berada di situ.

Kemudian, setelah tidak sampai setengah jam di hotspring- kawasan air panas yang penuh dengan orang, kami bergerak untuk menikmati makan tengah hari. Kali ini kami memilih untuk makanan ala Sunda. Di dalam van kawan aku yang berdua memujuk Pak Surya supaya kami ke Kawah Putih pada ke esokan pagi. Menurut Pak Surya kena ada tambahan wang kerana Kawah Putih tidak termasuk dalam itinerary dan memaklumkan kos tambahannya adalah sebanyak 600,000 rupiah. Kawan aku yang berdua itu setuju sedangkan aku berbelah bahagi untuk pergi. Akhirnya tak jadi sebab Pak Surya takut tertangkap oleh syarikatnya. Budak berdua tu usahlah cakap, memang bengang je!

Kemudian  kami ke Pasar Baru untuk menghabiskan duit! sebelum makan malam, kami ke spa untuk massage dan lulur. Aku terpaksa ikut sebab keputusan majoriti nak buat. Ongkosnya 250 ribu rupiah bersamaan dengan RM70 mengikut tukaran wang di sana. ^_^

Esoknya, kami ke Toko Tiga, Pasar Baru, Rumah Mode dan terus bergerak semula ke Jakarta. Kembali menginap di Hotel yang sama. 

Hari Isnin, seawal pagi kami sudah bergerak ke lapangan terbang. Dengan duit rupiah yang tinggal tak sampai 10 ribu kami hanya mampu memesan air coke. Dan nasib baiklah penerbangan kami tidak tertangguh seperti sebelum ini. Yang tak bernasib baik adalah lahar gunung berapi yang dibuat lulur itu tidak lepas daripada pemeriksaan Kastam Indonesia. Rugi 300ribu rupiah duit kawan aku. Siap ditanya, tidak mengapa macam nak minta rasuah jer. Terus kami kata tak apa. Yalah, nanti kat sini lepas sampai Malaysia tak lepas.

Kami mendarat di LCCT hampir pukul tiga dan dalam perjalanan keluar aku terperasan satu 'board' yang tertulis 'Mangga segar dilarang di bawa masuk'. Aku tertanya-tanya kenapa mangga segar dilarang dibawa masuk?

Kesimpulannya, tukar 3 juta rupiah tak cukup, dari Malaysia bawak 1 beg tapi balik Malaysia ada tambahan lagi dua beg. Dari banyak-banyak barang, aku cuma belikan diriku baju bandung dan beg tangan yang dibeli last minute ketika di Cihampelas dan yang lain-lainnya untuk orang lain.










Comments

Popular posts from this blog

SODA BIKARBONAT + SABUN CUCI PINGGAN LAWAN PERIUK BELANGA

gambo dari blog ni <<,>>> Untuk hilangkan kesan hangit, melekat dan sewaktu dengannya anda hanya perlukan :_ dan tak kisahlah jenama apa... cecair ke tak, pun boleh guna Cara-caranya. 1. Masukkan sesudu besar soda bikarbonat, sabun pencuci pinggan dan air ke dalam periuk. 2. Lepas tu letak periuk belanga tu atas api bagi mendidih dan lepas tu tutup. Buang air panas tu & cepat-cepatlah tonyok dengan span basuh pinggan ataupun senduk nasi yang plastik tu. 3. Hasilnya... periuk anda yang ada kesan kerak nasi, sambal hangus yang degil nak hilang tu sekarang ni kembali lawa...  Aku dah cuba sebab hari tu buat sup guna rice cooker lepas tu letak telur. Lupa pulak kuah supnya sikit, jadinya telur terus mendap ke bawah melekat kat periuk nasi tu. Rendam dua tiga hari tak hilang, rendam dengan air panas pun sama degil. Akhirnya ternampak cara-cara camne nak buat kat facebook. Balik kerja terus buat dan memang berhasil betul aku ikut cara tu! Sel

Resepi : Nasi Kanji / Bubur Nasi utara

Setiap kali bulan puasa, makanan yang paling suka adalah Nasi Kanji atau Bubur Nasi. Memang tak kisah kalau hari-hari sepanjang bulan Ramadan makan benda alah ni. Bila duduk sendiri, teringin nak makan Nasi Kanji kenalah buat sendiri. Minggu pertama puasa tu,  balik kampung dah dapat berbuka dengan Nasi Kanji. Sampaikan sahurpun makan benda yang sama. Satu lagi makanan yang best sehingga boleh tambah 2 pinggan nasi adalah lauk ikan masin goreng bersama bawang + cili! Yummy!! Nasi Kanji versi terlebih pekat. Jadi, nak kongsi jugalah resepi ni. Kot-kot ada yang tersesat cari resepi ringkas Nasi Kanji ni..  ^_^ Bahan-bahan :- Beras Santan  Garam Halba  udang kering Bawang Udang Geragau Lobak Masin - kena rendam dalam sejam dua, bagi hilang sikit masin dia Cara-Cara:- 1. Basuh beras bersama halba dan udang kering. Tanak nasi tu macam nak masak bubur. 2. Potong bawang nipis-nipis dan goreng bersama udang geragau. Bila sudah garing, angkat.

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website.