Cerita ringan yang banyak gelak ketawa. Dalam bengkak-bengkak mata dan muka, aku layankan cerita kelakar lakonan aktor penuh karisma iaitu Lee Beom Soo.
Ia mengisahkan berkenaan seorang 'fund manager' yang bernama Jeong Seung Pil a.k.a Mr.J yang tetiba hilang. Tunangnya telah melaporkan kepada pihak polis apabila lelaki itu tidak kembali ke kereta setelah keluar membeli rokok.
Polis mula menjalankan siasatan dan kes tersebut menjadi bahan berita negara kerana Mr. J menguruskan dana yang berjumlah 50bilion. Pekerja kedai serbaneka di mana Mr. J membeli rokok telah mereka cerita yang berlebihan. Salah seorang daripada polis tersebut menuduh tunang Mr. J yang menyebabkan kehilangannya kerana seminggu sebelum itu tunang lelaki itu telah mengeluarkan duit insurannya (?). Namun, tanpa bukti yang kukuh mereka tidak boleh mendakwa tunang lelaki tersebut. Kemudian, mereka mula menahan orang-orang yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan tersebut.
Dalam pada itu, Mr. J rupanya terperangkap di dalam tandas di bangunan yang mahu dirobohkan kerana pemilik bangunan tersebut tanpa sedar telah mengunci pintu tandas. Pelbagai cara dilakukan oleh Mr. J untuk melepaskan diri tetapi tidak berjaya.

Part 1.
Comments