Friday, October 4, 2013

Resepi: Roti Prata Cendawan Cheese.

Aku ni gemar tengok rancangan 'Happy Together' yang disiarkan oleh KBS World. Kalau mata aku ni dah kuyu tak tahan nak tunggu rancangan tu pada pukul 11.30 malam setiap Rabu, aku tengok je kat youtube.

Paling best adalah segmen 'Late Night Cafeteria' yang menghimpunkan resepi2 mudah tetamu sebagai hidangan di tengah malam. Memanglah nampak mudah dan biasa je tapi boleh bikin nafsu makan melonjak-lonjak. Cara Yoo Jae Suk dan Park Myung Soo 'hadap' makanan tu macam makanan tu sedap sangat. Tambah-tambah bila makanan pilihan majoriti tu mendapat pujian dari para tetamu dan hos rancangan tersebut. Depa makan mi segera tambah kimchi pun boleh buat terliur!

Jadinya, berkat dari kesungguhan aku menonton rancangan tersebut akupun menjadi tukang pencipta resepi. Maka terhasillah makanan yang membatalkan diet seminggu : Prata Cendawan Cheese!



Bahan-bahan:-
1. Roti Prata segera.
2. Cendawan Korea
3. Jelly Mushrooms
4. Isi ayam.
5. Cheese
6. Garam
7. Lada hitam

Cara-cara.
1. Goreng(?) Roti prata tanpa minyak sehingga garing/masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang dipotong dadu.
3. Bila ayam dah masak masukkan cendawan korea dan cendawan jelly dan garam. Masak sehingga agak kering dan letakkan semua bahan ke atas roti prata.
4. Letakkan cheese di atas bahan-bahan tersebut dan bakar untuk satu minit. 
5. Keluarkan dari microwave fan taburkan serbuk lada hitam.
6. Siap untuk dimakan. 


♥Kurangkan garam dalam masakan! ^_^

No comments:

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁