Tuesday, February 25, 2014

Awal 2014: Rencam Rasa Hobi Baru




Awal 2014. Aku temui hobi baru. Dunia tulis-tulis aku mahu tinggal jauh. Harus aku akui bahawa aku ini sekadar dipinjamkan 'deria' itu sekejap cuma. Sedar diri! Dan jauh disudut hati, aku mahu meminggirkan diri dari mengenali orang luar. Serik! Serik kerana aku ini manusia yang tidak pandai bicara, sekali bicara ada hati yang tercarik ; atau sebenarnya hati itu terlalu sensitif pada hal yang remeh-temeh dengan alasan yang juga remeh-temeh?; atau aku yang tidak berakal untuk membezakan sensitif atau tidak sesuatu perkara? Biarkanlah!

Jadinya, aku temui hobi baru. Selain mengirim poskad kepada orang yang tidak dikenali serata dunia yang membuatkan aku ukir senyum dalam rasa diri yang sering kali menganggu, aku sekarang punya hobi membuat kerongsang manik. Semuanya kerana gelang manik yang aku beli beberapa tahun lepas telah terputus talinya. Lalu aku mencari tali tersebut kerana sayang mahu membuang manik-manik yang masih elok dan aku menemui manik yang dijual secara borong. Aku tidak belajar dari mana-mana, sekadar mengikut tangan yang menjalin manik dengan tali tangsi sehinggalah terbentuk rupa kerongsang. Tidak 100% menjadi tetapi aku gembira akan hasilnya. Lalu, aku memesan pula tapak pin kerongsang dan pistol gam. Hobi baru yang memberikan aku sedikit kepuasan dan menjauhkan aku dari penyakit suka makan! :D

Aku jualnya kepada rakan-rakan terdekat. Harganya sekadar harga main-main. Tidak perlu pulangan semula modal kerana hasil buatannya tidaklah sebaik mana. Yang penting hobi ini menyeronokkan!!

2 comments:

(^__^) miza muhd said...

Actually, satu hobi yang baik Cik Ct. Sekurang-kurangnya mendatangkan kepuasan untuk diri sendiri dan semestinya saya suka dengan hasil kerja anda. Teruskan usaha...

tiga lalat said...

hobi postcrossing tu masih aktif ka? dh 2 tahun ., hmm

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁