Kepercayaan.
Dalam sedih mendengar berita tentang hidup kawan-kawan, terselit sedikit gembira. Gembira kerana aku menjadi kepercayaan untuk 'memegang' rahsia sedih mereka.
Kata seorang kakak yang aku berkongsi bilik ketika 'team building' kelmarin, aku nampak tidak terkejut dengan 'berita' yang mengejutkan bagi keluarga dan rakan-rakannya. Aku senyum. Jawapan aku mudah, aku sudah terbiasa mendengar berita mengejutkan itu. Berita yang sama. Dan mungkin tidak keterlaluan, sebelum empunya diri bercerita aku terlebih dahulu dapat menangkap. Cuma sekadar bermain difikiran yang akhirnya diceritakan tanpa perlu aku tanya. Pinta aku, moga mereka yang melalui detik duka/luka itu bangkit dan mengapai bahagia satu hari nanti.
Keyakinan
Aku tidak yakin. Aku jadi yakin kerana orang lain yakin. Mungkin itu adalah aku. Aku menjadi pengikut kepada keyakinan orang lain. Keyakinan yang ada cuma 50%, 50% lagi datangnya dari orang sekeliling. Orang lain buat kenapa tidak aku?!
Tapi debarnya usah cakap. Baru melangkah naik tangga tu dah bergetar kaki tapi nasib baiklah berjaya jugak panjat tiang kayu tu. Tapi sebenarnya tak boleh pengang tali yang 'ikat' dekat badan tu. Kena berdiri dan depakan tangan tapi kumpulan kami semua bo layan jer arahan instructor tu! Haha...
Waktu rakit nilah kegemaran aku. Walaupun tak tahu berenang, life jacket ada. Walaupun tak berapa yakin, aku yakinkan juga dengan hasil usaha kami membina rakit buluh dan tong.
Dan sebenarnya inilah sumber inspirasi kami. Dia boleh, kenapa tidak kami?
Comments