Wednesday, March 19, 2014

Tempoyak Goreng Bercili!



Tempoyak aku makan tapi durian aku kurang makan. Sebab, durian ada yang pahit! :D

Balik kampung hari tu, emak aku sibuk dengan hal kenduri kendara rumah jiran jadinya aku sampai rumah tengah hari tu memang tak ada lauklah. Cuma mak aku goreng ikan keli je. Jadinya, aku selongkar peti ais jumpa tempoyak ngan petai. Waduh, memang tak boleh tahanlah!

Jadi, aku telah mereka 'sambal' tempoyak aku sendiri. Adik aku yang kononnya nak diet tak mau makan nasi pun boleh bertambah gara-gara tempoyak punya pasal.

Bahan untuk buat tempoyak goreng bercili ni senang je. Hanya perlukan bawang besar/bawang kecil, cili padi,sedikit air dan tempoyak serta sedikit minyak untuk menggoreng.

Bawang besar/bawang kecil dipotong dadu dan cili padi dihiris kemudianya digoreng sehingga bawang dan cili tadi  sedikit garing. Kemudian, masukkan tempoyak dan sedikit air. Kacau sehingga bahan semua sebati dan tempoyak kembali likat/pekat seperti sedia kala. Makan dengan nasi panas, memang tak pandang kiri kanan dah!

Kalau nak lagi best tambah daun kunyit yang dihiris nipis-nipis, ataupun daun ketumbar! 

No comments:

Teddy Bear

Ingatan yang tidak dapat dilupakan. Teddy Bear. 🤣🤣😂😂😅 Macam manalah benda alah tu wujud lagi.