Monday, May 12, 2014

Jodoh.

11 Mei 2014.

Jodoh itu rahsia ALLAH.
Cepat atau lambat.

Kalau...
Kalau itu sebuah kebetulan yang mempertemukan detik nokhtah sebuah pencarian, moga ditetapkan sehingga menuju jalan terakhir. Jika tidak biarlah ia bagaikan angin lalu yang menyapa diri, tidak menyinggah walau seketika.

Kalau...
Kalau itu telah menjadi tetapan, dia adalah pilihan biarlah ia datang dari ALLAH. Jika tidak sempurna, biarlah sama-sama belajar untuk sempurna demi mencari redha Maha Pencipta.

Jodoh....
Kalau ALLAH sudah tetapkan dia, berpisah beribu-batu bertahun tidak bertemu pasti ada detik yang menemukan. Cepat atau lambat, rahsia tetap milik ALLAH.


No comments:

Raya tanpa mak

Tahun ni pertama kali tanpa mak. Semua kena buat sendiri. Kalau mak ada, aku cuma jadi tukang tolong. Kali ni aku yang jadi tukang masak...