Friday, October 17, 2014

SODA BIKARBONAT + SABUN CUCI PINGGAN LAWAN PERIUK BELANGA

gambo dari blog ni <<,>>>


Untuk hilangkan kesan hangit, melekat dan sewaktu dengannya anda hanya perlukan :_



dan

tak kisahlah jenama apa... cecair ke tak, pun boleh guna

Cara-caranya.

1. Masukkan sesudu besar soda bikarbonat, sabun pencuci pinggan dan air ke dalam periuk.

2. Lepas tu letak periuk belanga tu atas api bagi mendidih dan lepas tu tutup. Buang air panas tu & cepat-cepatlah tonyok dengan span basuh pinggan ataupun senduk nasi yang plastik tu.

3. Hasilnya... periuk anda yang ada kesan kerak nasi, sambal hangus yang degil nak hilang tu sekarang ni kembali lawa...
 Aku dah cuba sebab hari tu buat sup guna rice cooker lepas tu letak telur. Lupa pulak kuah supnya sikit, jadinya telur terus mendap ke bawah melekat kat periuk nasi tu. Rendam dua tiga hari tak hilang, rendam dengan air panas pun sama degil. Akhirnya ternampak cara-cara camne nak buat kat facebook. Balik kerja terus buat dan memang berhasil betul aku ikut cara tu! Selamat periuk nasi aku. ^_^

Sumber tips daripada Happyhooligans.

Cerpen. Pesimis Itu Aku

Cerpen Pesimis itu Aku 》》》》  Link Klik Sini 😁😁