Sunday, August 19, 2018

Hati dan Perasaan

Kekadang kau bukan nak jadi kaki sentap tak bertempat. Melawak tu kena ada batas. Aku jaga batas aku melawak. Tapi kekadang orang tak tahu nak jaga batas melawak dengan aku. Tak kisahlah kau rapat mcm mana sekalipun. Jangan buat org tersinggung dengan kau.

Aku ni, selalu aku ya kan ajakan orang bukan sebab aku pantang diajak terus setuju. Sebab aku ni sejenis fikir dalam. Kekadang penat macam mana pun malas mcam mana pun aku setuju kalau orang ajak pi mana2. Duit tinggal rm10 pun aku ikutkan. Sebab aku tak pandai nak kata kan tidak. Melainkan aku demam atau sakit.

Orang nak pinjam duit, walaupun kadang2 aku pun cukup2 makan.. Aku cari sampai ada. Tapi bila aku nak pinjam, ada je alasan orang tu bagi.. Cepat je bagitau takde duit. Sedangkan baru semalam bgitau aku dapat gaji. Senang je kan kata tak de duit?

Aku memang kuat sentap. Aku sentap bila orang tak jaga batas.. Aku sentap bila orang ambik mudah pasal perasaan aku. Aku sentap bila orang yang aku selalu tolong bagi mcm2 alasan bila aku minta tolong. Aku bukan berkira tpi kalau orang tu boleh tolong orang lain / lebihkan orang lain/jaga hati orang lain kenapa dengan aku bagi alasan? Sebab aku MUDAH?


No comments:

Hati dan Perasaan

Kekadang kau bukan nak jadi kaki sentap tak bertempat. Melawak tu kena ada batas. Aku jaga batas aku melawak. Tapi kekadang orang tak tahu ...