Skip to main content

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang
Bila aku sudah malas nak bersuara
Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku!
Aku penat!
Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia?
Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira
Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja?
Malah dia lebih teruk?

Aku dah penat
Penat sangat

Comments

Popular posts from this blog

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^
Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website. 

Itulah poskad yang aku han…

Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Semut Kukus

Bahan-Bahan
1 cawan/mangguk gula pasir
1 cawan/mangkuk air --- ikut resepi yang tengok kat internet semua guna air panas tapi aku guna air sejuk je.. (nampak sangat pemalas)
1 cawan/magkuk tepung gandum
1 cawan/mangkuk susu pekat
1/2 cawan majerin/mentega
4 biji telor
 1 sudu kecil soda bikarbonat -
2,3 titis esen vanilla


Cara penyediaan

1. Goreng gula sehingga perang. Ikut suka nak perang macam mana. Kemudian tambah air. Kena berhati-hatilah masa masukkan air. Takut meletop pulak. Kemudian masukkan marjerin/mentega. Tunggu sehingga mentega cair dan tutup api.

2. Pukul telur sehingga kembang ataupun sebati antara kuning dan putih telur (untuk orang malas macam akulah). Kemudian masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati. Masukkan pula tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Gaul sehingga sebati dan masukkan esen vanilla.

3. Perap sehingga 3 atau 4 jam untuk mendapatkan sarang yang cantik. Tapi kalau rasa tak sanggup tunggu dan rasa nak makan untuk diri sendiri b…

Resepi : Nasi Kanji / Bubur Nasi utara

Setiap kali bulan puasa, makanan yang paling suka adalah Nasi Kanji atau Bubur Nasi. Memang tak kisah kalau hari-hari sepanjang bulan Ramadan makan benda alah ni.

Bila duduk sendiri, teringin nak makan Nasi Kanji kenalah buat sendiri. Minggu pertama puasa tu,  balik kampung dah dapat berbuka dengan Nasi Kanji. Sampaikan sahurpun makan benda yang sama. Satu lagi makanan yang best sehingga boleh tambah 2 pinggan nasi adalah lauk ikan masin goreng bersama bawang + cili! Yummy!!





Jadi, nak kongsi jugalah resepi ni. Kot-kot ada yang tersesat cari resepi ringkas Nasi Kanji ni..  ^_^

Bahan-bahan :-
Beras Santan  Garam Halba  udang kering Bawang Udang Geragau Lobak Masin - kena rendam dalam sejam dua, bagi hilang sikit masin dia
Cara-Cara:- 1. Basuh beras bersama halba dan udang kering. Tanak nasi tu macam nak masak bubur. 2. Potong bawang nipis-nipis dan goreng bersama udang geragau. Bila sudah garing, angkat. 3. Bila nasi tu dah jadi bubur dan air sedikit kering, masukkan santan, garam dan lo…