Tuesday, May 21, 2013

Wahai Anak...

1 comment:

Seteruk-teruk ibumu, dialah wanita paling wajib kau hormati.
Sanggup ‘hilang’ ibu dari kekasih?
Wajarkah?

Beralah tidak pernah salah, berdiam tidak pernah buat kau kecundang.
Memohon maaf tidak pernah menjadikan kau persalah.
Cium tangannya, kucup pipinya. Beralahlah wahai anak!
Kerana dia, ibumu itu syurgamu.

Monday, May 20, 2013

MAJALAH INFINITI : EDISI JUN 2013

1 comment:
Majalah Infiniti ni keluar setiap 15 hari bulan. Tapi hari ni baru dapat cari. Hari-hari kot aku dok jadi tukang jenguk majalah ni kat semua kedai buku area sini.


Antara menarik edisi kali ini :-



Rahsia di sebalik Grand Canyon
Kaitan Pelukis karya terkenal ini, Leornarda Da Vinci dengan sniper


Pewangi tahi lembu? er...er...

Si Psikik dari Kelantan!
Ben Southall, si penjaga Pulau
Supermoon
Tragedy Hillsborough - Dusta 23 Tahun!
Nasib Angkasawan pesawat Columbia ini?
Legenda Simo Hayha
Sains & al-Quran : Di sebalik nama Haman
Silalah beli untuk dapatkan lebih maklumat! RM3.80 sahaja! ^_^

Sunday, May 19, 2013

Lawatan ke Pasar Seni a.k.a Central Market

No comments:

Tajuk macam budak sekolah pergi rombongan sekolah je. :D

Kali terakhir jejak kaki ke Pasar Seni, rasanya waktu tu Pasar Seni masih belum dibaikpulih dan tiada penambahbaikan lagi. Waktu tu rasanya tempat makannya terletak di atas bumbung lagi.

Hari Sabtu hari tu tanpa sebarang rancangan kami ke Pasar Seni. Lepas juga hajat aku untuk ke sana. Terima kasih kepada rakan-rakan serumah yang sekepala.

Lepas ke surau yang masih terletak di bahagian atas sekali (bumbung) masing-masing mencari tandas. Sekali masuk kena 50sen. Bukan soal cas tu yang buat kami rasa sedikit terkilan, sebab tandas dia memang bersih. Cuma, kami memgharapkan tandasnya lebih 'tradisional'. Ada paip! Ini tidak, 10buah tandas kesepuluh-sepuluh tu tanpa paip. Aduhai, nak tak nak gunalah juga walaupun tak selesa.

Lepas tu, kami ke medan selera. Alhamdulillah, tempatnya lebih selesa. Makanannya boleh tahan, begitu juga dengan harganya.

Misi aku ke Pasar Seni sebenarnya adalah untuk mencari poskad. Mana tidaknya, aku cari dekat Border &  MPH The Curve, memasing tak ada. Pergi pejabat pos TTDI pun tak ada. Budak tu siap suruh cari kat kedai buku. Sudah ler setem 50sen dia setem biasa je. Kat dalam website pos Malaysia, memacam ada. Takkan aku nak kena gi HQ dia kot? Aih.

Akhirnya dapat lah aku poskad yang aku cari-cari. Dekat sini, oleh sebab tempat tumpuan pelancong tak ada lah poskad selain gambar2 pemandangan atau tradisi Malaysia. Tapi aku jimat 20sen setiap poskad sebab kat tempat lain yang pernah aku beli harganya RM1.

Kami akhiri lawatan kami ke Pasar Seni dengan budak rumah aku beli 4 paket putu buluh. Sebab dah sejuk, kuih tu tak sedaplah sangat. Lagipun, kuih tu bagi aku dia buat terlembik sangat. Dan akhirnya tak habis!Poja... oh Poja... haha

Tuesday, May 14, 2013

POSKAD PERTAMA & KE DUA!

1 comment:
Seronok rasa hati dapat poskad hari ni! Satu dari Jerman dan 1 dari Finland. ^_^



Tuesday, April 30, 2013

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

1 comment:


Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^

Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best. 
Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website. 


Itulah poskad yang aku hantar. Gambar rama-rama tu diambil oleh budak rumah aku. Aku cuma edit sikit dan tambah yang 'Perak, Malaysia' itu saje. ^_^
Bukan susah pun buat sendiri, lagi mengikut kehendak. sebab postcrosser ni ada mereka punya kehendak sendiri. Ada yang nak lanskap, gambar kucing, gambar manusia, gambar zaman retro-retro. Tapi bukan kemestianlah untuk kita ikut apa yang mereka nak, itu cuma sekadar untuk 'panduan' kepada kita. Kalau boleh ikut apa yang mereka nak, lagi bagus. Pastikan saiz poskad kita itu ikut saiz standard poskad- kalau lebih 2,3 cm tu tak apa. Kalau tak pasti, boleh pergi ke MPH beli sekeping poskad jadikan poskad tu sebagai contoh. 
Ada juga di kalangan mereka, suka tengok/kumpul setem dari pelbagai negara. Jadi eloknya, kita gunalah setem yang nampak unik sikit. Boleh beli di mana-mana pejabat pos ataupun kedai-kedai. Dan kos setem untuk sekeping poskad cuma 50sen sahaja. Hantarlah ke ceruk dunia mana sekalipun!
Jadi, marilah kita bertukar-tukar poskad dengan orang yang tidak dikenali! :D

Tuesday, April 23, 2013

BILA MAHU KAHWIN?

2 comments:
Soalan lazim untuk gadis-gadis hampir masuk angka 30 adalah bila mau kahwin?
Jawapan lazim aku yang termasuk dalam golongan tu, tunggulah anak kau 5! Haha
Aku tak kisah bila orang bertanya... dah itu memang perkara lumrah. Tapi aku naik menyampah bila orang kata
aku ini memilih. Cerewet!
Dah tu, kalau aku mengadap muka-muka ejen cha ya nun alip yang stok bapak orang... tang celah mana aku nak cerewet entah!
Lepastu aku ni pemalu... hahaha, lelaki Melayu tak berikat bukan tak ada tapi yang selalu tegur aku paling takpun suka bagi senyum manis sambil angguk kepala tu semuanya lelaki Melayu terang lagi bersuluh hak milik wanita lain! Yalah, yang solo molo tu semuanya 'taste' tinggi. Aku ni apa la ada kannn? Huhu... tak sedih pun!^_^
Agak-agakla kan patut ke aku buat iklan mencari calon suami? kihkihkih... Tapi aku tak terdesak sikit pun! Jodoh tu rahsia ALLAH, tunggu aje!


Tapi apa yang aku rasa memang tak berjodoh adalah aku dengan benda alah ni...

Aku cuba pakai ni macam gorila berjalan dah! Sales girl tu pun gelakkan aku!

Friday, April 19, 2013

Majalah Infiniti :May2013

No comments:

Antara kisah menarik:-




Real!

Sanggup?


Ciuman Pembawa Maut. Bagaimana dengan satu ciuman telah membunuh orang kesayangan anda yang baru melihat dunia?


Dan banyak lagi isi menarik! Lagi menarik daripada majalah hiburan... Haha