Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Take Off : Inspirasi Kisah Benar (Korea)

Kisah ini berinspirasikan daripada kisah benar berkenaan Korea Selatan yang mahu menjadi host untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk tanpa mereka sendiri mempunyai peserta bagi acara   Ski Jumping. Jadi untuk melayakkan mereka bertanding untuk menjadi hos pada Olimpik Musim Sejuk 2002, Pasukan Ski Jumping Korea Selatan telah dibentuk. Oleh kerana sukan ini tidak popular ia hanya mempunyai lima orang peserta/ pemain-( Bagi melayakkan mereka menyertai olimpik) Cerita ini tidak membariskan artis-artis idol atau terkenal dari Korea Selatan tetapi mereka cukup berbakat. Ha Jung Woo yang memegang watak sebagai Hyeon Tae-lelaki Korea yang dijadikan anak angkat oleh pasangan Amerika dan pulang ke Korea untuk mencari ibu kandungnya misalnya seorang pelakon kategori veteran yang cukup memberansangkan setiap lakonannya. Begitu juga dengan pelakon lainnya. Lee Jae Eung yang memainkan peranan adik kepada Kim Ji Seok  cukup berjaya membawa watak seorang autistic tetapi punya semangat yang ku

Surrender?!

The End.

Google Play : Terima Kasih!

Walaupun kualitinya agaklah tak bagus, tapi masih seronok sebab dapat tengok rancangan kesukaan dekat android ku! Mula-mula download KBS World, ingatkan tak boleh guna sebab lambat sangat nak 'connect' nya tapi semalam tunggu jugalah beberapa minit.... akhirnya dapat tengok! Aku tengok KBS ni pun sebab nak tengok 1 Day 2 Night je pun. 

Demam Terkejut?

 Dah mula berkerja. Demam pulak. Semalam dah telan 2 bijik ubat pun masih selsema lagi pagi ni. Badan pun tak larat. Demam terkejut kot? Kelmarin, online FB walaupun line internet kat kampung amatlah coet.... Terbaca satu wall post si Nemo, sebelum ni ada baca tapi buat tak tahu. Hari tu baru terajin klik kat link tu dan scroll down page FB  tu. Tapi gambar 1 pun tak nampak tapi tahulah siapa empunya page tersebut. Semalam balik sini, baru dapat mengesahkan dengan mata sendiri. Itupun lepas Along PM kat FB. Perasaaan aku? Entah... Kecewa ada lah jugak. Kerana hal yang satu tu (rasanya kot... hehe) habis ditinggalkan kami ini. Apapun, kepada dia... walaupun sudah tentunya dia takkan baca blog aku ni... aku ucapkan selamat maju jaya. Moga dia menjadi penulis yang berbahagia sentiasa.

Dilema @ Delima?

 Sebelum menaip... dok google ejaan yang betul... boleh pulak terpelik kejap. D-E-L-I-M-A @ D-I-L-E-M-A? Ini buah Delima... Sedapnya!!! Dilema = masalah. Sebelum buat salah, fikir dulu baik buruk. Jangan ikut main sedap/seronok je! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Cepat atau lambat sahaja! Hidup kita bukan sendirian di dunia ini. Kita ada emak, bapak, adik beradik, saudara-mara, kawan-kawan dan orang sekitar. Sebelum fikir seronok, fikir dulu keluarga kita. Paling utama, hati emak bapak kita. Apa perasaan mereka? Atau sebenarnya rasa seronok kita melebihi rasa sayang kita terhadap emak bapak kita? Rasa seronok itu mengatasi rasa takut/malu 'rahsia' kita terbongkar? Dilema? Itulah... Arggghhh nak kena cari buah delima merah merekah lah macam ni!

Resah Gelisah

60 hari lagi. Rasa tak mampu. Haila... Dah kena push. Dah diberi semangat. Tiada apa berganjak. Matik aku! Stress!  Rasa macam tak ada bakat untuk buatkan ia jadi bentuk fizikal.  Noktah. Nota Hujung Jari : Teman seangkatan  telah berjaya menghasilkan novel penuh. Yay! Tahniah Faizal Sulaiman atas 'kelahiran' Sumbat. Dah beli semalam dekat The Curve, tak sabar punya pasal... Tengah cari mood untuk membaca sebab Sumbat bukan kisah biasa yang biasa dibaca. Nak hadam betul-betul kena baca dengan teliti.  Rasa bangga jugak bila namaku tertera di muka surat hadapan sebagai penghargaan. hehe...Terima kasih FS! 

Maka Kami Rakyat Malaysia...

...berikrar akan menumpukan seluruh tenanga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan & Kesusilaan Berapa ramai yang ingat? Jujur aku tak ingat. Tunggang terbalik.  Terima kasih kepada Dataran Merdeka yang telah membuatkan aku kembali mengingat.  ^_^ Lagu Negeri Pahang lagilah satu apa aku tak ingat. Maklumlah, waktu sekolah dulu je dok hafal. Walaupun lagunya beberapa rangkap sahaja.  Lagu Negaraku? Kalau tak ingat, memanglah! Masa dok cari lagu Negaraku ni kat youtube.... Banyak sangat orang-orang Indonesia yang komen dan maki hamun Malaysia. Kenapa? Dituduh ciplak lagu Terang Bulan milik depa! Dipanggil kita maling! Pada aku, sesama jiran tertangga... orang kata ibarat abang dengan adik, perlu ke semua tu? Aku tak kata semua Indo macam tu, tapi kebanyakannya bila lagu berkenaan Ma