Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

POSTCROSSING: Mari Bertukar Poskad!

Projek ini bertujuan membolehkan orang ramai menerima poskad dari seluruh dunia, secara percuma. Hampir percuma, sebenarnya (pendaftaran adalah percuma, dan anda hanya perlu menghabiskan beberapa ringgit untuk membeli poskad dan setem). Secara umumnya: jika anda menghantar sekeping poskad, anda akan menerima balik sekeping poskad daripada seorang Postcrosser dari sesebuah negara yang dipilih secara rawak. copypastedaripostcrossingwebsite^_^ Aku memang suka benda-benda seperti ni. Dapat poskad dari macam-macam negara secara rawak! Memang teruja sungguhlah. Kalaupun bukan poskadnya menunjukkan 'sesuatu' berkenaan negara si penghantar (sebab kebanyakan yang aku tengok mereka ni buat poskad sendiri) tapi perasaan dapat poskad dari seluruh negara itu lagi best.  Aku pun dah jadi ahli. Dah mula ber-postcrossing. haha. Siap buat sendiri lagi. Satu dah sampai kat Jerman. Lagi empat belum sampai rasanya sebab penerima belum 'register' kad dekat website. 

BILA MAHU KAHWIN?

Soalan lazim untuk gadis-gadis hampir masuk angka 30 adalah bila mau kahwin? Jawapan lazim aku yang termasuk dalam golongan tu, tunggulah anak kau 5! Haha Aku tak kisah bila orang bertanya... dah itu memang perkara lumrah. Tapi aku naik menyampah bila orang kata aku ini memilih. Cerewet! Dah tu, kalau aku mengadap muka-muka ejen cha ya nun alip yang stok bapak orang... tang celah mana aku nak cerewet entah! Lepastu aku ni pemalu... hahaha, lelaki Melayu tak berikat bukan tak ada tapi yang selalu tegur aku paling takpun suka bagi senyum manis sambil angguk kepala tu semuanya lelaki Melayu terang lagi bersuluh hak milik wanita lain! Yalah, yang solo molo tu semuanya 'taste' tinggi. Aku ni apa la ada kannn? Huhu... tak sedih pun!^_^ Agak-agakla kan patut ke aku buat iklan mencari calon suami? kihkihkih... Tapi aku tak terdesak sikit pun! Jodoh tu rahsia ALLAH, tunggu aje! Tapi apa yang aku rasa memang tak berjodoh adalah aku dengan benda alah ni... Aku cuba

Majalah Infiniti :May2013

Antara kisah menarik:- Real! Sanggup? Ciuman Pembawa Maut. Bagaimana dengan satu ciuman telah membunuh orang kesayangan anda yang baru melihat dunia? Dan banyak lagi isi menarik! Lagi menarik daripada majalah hiburan... Haha

Pantang: Mampukah?

Aku mengalami resdung yang aku rasa makin teruk. Makanya, dengan nasihat daripada mak aku telah membuat keputusan untuk tidak memakan apa sahaja benda-benda yang boleh mendatangkan alergi. Dan merajinkan diri memakan ubat sampai aku set alarm telefon sebagai peringatan untuk makan ubat. Kalau tak, asyik terlupa je! Teruk gila darjah keterlupaan aku ni! Tanda-tanda mengidap resdung yang tertera di label tu boleh dikatakan semuanya aku ada. Er, semua rasanya ada! Jadinya, aku mula terfikir untuk meminimakan seboleh mungkin segala gejala itu. Termasuk hari ini sudah 3 hari setengah lah aku berjaya pantang makan segala makanan yang tak boleh makan. Tapi hari isnin tu dah pekena roti bom dan semalam makan perut masak lemak. Ingatkan perut tu tak apa. Tapi bila tanya mak, mak kata kalau dah dagingnya tak boleh makan... segala isinya pun tak boleh makan. Tak apa, tak apa. Sikit je. Tapi sejak aku makan ubat ni, dengan izin Allah... rasanya aku taklah lagi selsema dan bers

Angan-Angan Buah Berangan...

Aku suka masak memasak. Tak kira apa sahaja. Yang senang tentu sekali. Jadi atau tak jadi, lain kira. Hari ini tak jadi, esok buat sekali lagi. Haha. Angan-angan buah berangan, konon-konon... mahu buka cafe. Menu utama bubur! Memang sungguh ikut selera tekak sendiri. Aku suka bubur. Bubur nasi terutamanya. Bukan moi yang baby  makan tu lah. Mak aku pakar membuat bubur nasi ataupun kami panggil nasi kanji. Ataupun orang lain panggil bubur lambuk. Semasa bulan puasa kalau boleh hari-hari mahu makan nasi kanji. Ringkas tetapi menyelerakan. Bahan-bahannya sekadar beras, santan kelapa, udang kering, garam dan juga bawang goreng. Aku boleh ulang 3,4 kali makan. Duduk menyewa kalau lapar tapi malas nak mencari bahan-bahan ataupun malas nak memasak berjenis-jenis lauk, memang bubur lah menjadi santapan utama. Senang. Tanak nasi sampai jadi bubur, racik-racik bawang besar dan goreng sampai garing. Bila nasi sudah kembang dan menjadi bubur masukkan bawang goreng ke dalam periuk. Kalau