Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Tempoyak Goreng Bercili!

Tempoyak aku makan tapi durian aku kurang makan. Sebab, durian ada yang pahit! :D Balik kampung hari tu, emak aku sibuk dengan hal kenduri kendara rumah jiran jadinya aku sampai rumah tengah hari tu memang tak ada lauklah. Cuma mak aku goreng ikan keli je. Jadinya, aku selongkar peti ais jumpa tempoyak ngan petai. Waduh, memang tak boleh tahanlah! Jadi, aku telah mereka 'sambal' tempoyak aku sendiri. Adik aku yang kononnya nak diet tak mau makan nasi pun boleh bertambah gara-gara tempoyak punya pasal. Bahan untuk buat tempoyak goreng bercili ni senang je. Hanya perlukan bawang besar/bawang kecil, cili padi,sedikit air dan tempoyak serta sedikit minyak untuk menggoreng. Bawang besar/bawang kecil dipotong dadu dan cili padi dihiris kemudianya digoreng sehingga bawang dan cili tadi  sedikit garing. Kemudian, masukkan tempoyak dan sedikit air. Kacau sehingga bahan semua sebati dan tempoyak kembali likat/pekat seperti sedia kala. Makan dengan nasi panas, memang

Kepercayaan dan Keyakinan.

Kepercayaan. Dalam sedih mendengar berita tentang hidup kawan-kawan, terselit sedikit gembira. Gembira kerana aku menjadi kepercayaan untuk 'memegang' rahsia sedih mereka. Kata seorang kakak yang aku berkongsi bilik ketika  ' team building'  kelmarin, aku nampak tidak terkejut dengan 'berita' yang mengejutkan bagi keluarga dan rakan-rakannya. Aku senyum. Jawapan aku mudah, aku sudah terbiasa mendengar berita mengejutkan itu. Berita yang sama. Dan mungkin tidak keterlaluan, sebelum empunya diri bercerita aku terlebih dahulu dapat menangkap. Cuma sekadar bermain difikiran yang akhirnya diceritakan tanpa perlu aku tanya. Pinta aku, moga mereka yang melalui detik duka/luka itu bangkit dan mengapai bahagia satu hari nanti.  Keyakinan Aku tidak yakin. Aku jadi yakin kerana orang lain yakin. Mungkin itu adalah aku. Aku menjadi  pengikut kepada keyakinan orang lain. Keyakinan yang ada cuma 50%,  50% lagi datangnya dari orang sekeliling. Orang lain bu