Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Memori yang Gagal

Baru menghabiskan bacaan sebuah buku... Sebuah travelog lebih tepat. Dahi saya berkerut-kerut bila membaca cerita-cerita yang macam pernah dibaca. Malah saya tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Takkanlah buku yang baru saya beli tidak sampai seminggu ini pernah saya beli? Mau sedapkan hati saya belek tarikh cetakan pertama. 2012. Mungkin saya pernah membaca dikedai buku tanpa membelinya.  Tapi akhirnya, saya yakin saya telah membeli ini sebelum ini. Cuma saya sekadar membaca dibahagian yang menarik minat saya. Kali ini sahaja saya membaca muka surat demi muka surat.  Agaknya, saya perlu sediakan buku nota. Setiap kali membeli buku, saya kena catatkan atau semak semula buku nota sebelum membuat kesilapan yang sama. Rasanya ini bukan kali pertama, pernah juga membeli majalah yang sama. Semuanya gara-gara saya membaca topik yang saya rasa menarik sahaja pada waktu itu. Memori saya ini pendek riwayatnya, agaknyalah. Sampai sekarang juga saya masih tidak dapat mengingat lelaki yang meneg