Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

WORLD CUP... WORLD CUP?? EH BUKAN, WRITE CUP!

kredit : Aksara Keraian Facebook  Mulai esok, pihak AKSARA KERAIAN akan mempersembahkan cerpen-cerpen daripada penulis-penulis Aksara Keraian sendiri. Di mana setiap penulis telah diminta untuk menghasilkan cerpen yang bukan 'makanan' mereka. Kalian akan melihat penulis yang sebelum ini lebih kepada tema cinta diminta untuk menulis dengan tema thriller. yang selau menghidangkan kita dengan kisah-kisah aksi/thriller/seram pula akan dikerah tenaga untuk menghasilkan cerpen berbentuk cinta dan keagamaan. Bagi MN, MN akan menulis kisah kanak-kanak berdasarkan dongeng rakyat. Jujur, MN pernah terfikir mahu tarik diri. Masakan tidak, menulis cerita kanak-kanak bukannya mudah ditambahkan pula perlu ada unsur dongeng. Cerpen kanak-kanak tentulah sasarannya untuk bacaan kanak-kanak( walaupun yang akan membaca di laman Aksara itu bukan kanak-kanak ye... hehehe). Jadi, disebalik dongeng yang mahu dijadikan ramuan cerita, cerpennya perlu ada nilai-nilai yang perlu dipelajari bila c

POSTO! POSTO! UNTUK ANDA PEMBACA :)

Salam semua … Harap maaf andai sampai saat ini MN masih tidak dapat update Rahsia Rindu seperti dijanjikan. Bila ditinggalkan terlalu lama idea sedikit terbatas. Mau suntik diri dengan Umaira dan Mukhris kembali ke dalam diri juga payah. Otak sudah sedikit tumpul mahu membina keperibadian Mukhris dan Umaira mengikut acuan 42 bab sebelum ini. InsyaALLAH, tetapi MN tidak berjanji akan ada Rahsia Rindu dalam masa terdekat ini. Buat waktu ini, MN tertumpu kepada projek Aksara. Akan ada 1 cabaran bagi kesemua penulis Aksara sepanjang Oktober nanti. Kami di minta menghasilkan cerpen yang lain daripada kebiasaan. MN contohnya diminta menghasilkan cerita kanak-kanak berasaskan dongeng rakyat. Sungguh tertekan. Haih.. satu apa belum mula. Jadi, sekali lagi MN mahu memohon maaf kepada semua pembaca Rahsia Rindu yang menungggu bab seterusnya. Untuk Rahsia Rindu, MN jangkakan masih ada 2,3 bab lagi sebelum tamat   tetapi itulah, otak MN ni susah untuk beroperasi menjana ayat demi ayat dan peren

KAD RAYA UNTUK ANDA =]