Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Cabaran 90 Hari!

90 hari sama dengan tiga bulan. Nampak angka 90 tu macam lama lagi. Tak apa. Ceh. Sat lagi pejam celik je dah cukup 90 hari. Ini cabaran daripada Cik Ian. Perlu siapkan sebuah manuskrip lengkap. Cabaran untuk diri sendiri mahu dapat dalam 450 bab. Mampu? Tengok je lah... Tapi hint  sinis dari Cik Ian, 'aku makin dah meningkat umur ni makin menepati janji'. kekekeke. Jadi nampaknya, akupun kena ikutlah jugak sebab umur akupun makin meningkat. Kan? - Walaupun menepati janji itu tidak pernah kenal usia. Tet. Untuk ke -2 Kalinya ni sebenarnya adalah dari cerita Berikan Aku Satu Peluang. Sekarang ni tengah study balik apa yang patut sebab lama sangat dah tinggal. Baca-baca balik semalam banyak sangat yang salah. Itulah masalah aku kalau setakat baca dari komputer, kena printout  dulu barulah perasan ada banyak sangat salah. Apapun, harap dapatlah siapkan dalam 90 hari ni. Ahho! 

Tidak Hebat!

Hari Isnin lepas, ulang tahun kelahiran seorang teman. Teman lewat aku kenali ketika 'bermain' kata-kata di dunia blog ini. Baru semalam sempat aku hantar hadiahnya. Itu yang tidak hebatnya! Sebab aku 'terlalu pandai' membeli hadiah! Aku lebih tertumpu kepada benda-benda yang aku rasa comel yang mana harganya amatlah murah. Jadinya, kotak yang tak berapa nak besar itu berisi bermacam jenis benda comel! Harap dia suka. -------------- Bulan Januari 2013 harap rancangan kami semua menjadi kenyataan!

Untuk Miza : Selamat Ulang Tahun!

Kepada Nor Salmiza Binti Muhamad, Moga hubungan suami isteri antara kalian berpanjangan sehingga hujung nyawa. Moga juga usia perkahwinan yang memasuki angka dua ini mematangkan kalian untuk terus melangkah menjadi pasangan bahagia dan ibu bapa yang cemerlang! ^_^ p/s: Mohon maaf kerana 'mengambil' gambar anda tanpa kebenaran! huhu

Personal : Skil Komunikasi yang Dituntut!

Selalunya bila kita pergi makan kat mana-mana, bila makanan yang dipesan sampai tapi bukan yang kita nak dan kita beritahu pelayan kedai tu, secara terus dorang akan tukarkan untuk kita. Tapi ada lah satu kopitiam kat E-Curve ni, salah seorang pekerja tu memang kena hantar pergi kelas belajar cara berkomunikasi dengan pelanggan. Konon otak cukup hebat, orang pesan tak mau tulis... pakai ingat kat otak. Bila pesanan sampai dan kita kata salah, dia bising-bising kat dapur tu sampai kat luar boleh dengar. Lepas tu, tak puas hati datang jumpa kita dengan berlagaknya tanya.... "apa masalah?" Bila kita beritahu kita memang pesan yang lain, dia tetap tak puas hati. Masuk dalam bising-bising. Masalahnya, kalau iya pun dia rasa dia betul dan tak salah, tak perlulah nak pergi tanya pelanggan macam tu dan  bising-bising dari dalam dapur dengan suara kuat sampai orang luar dengar. Bukannya kami ni mengamuk marah-marah, maki hamun! Datang bulan ke hape? Ataupun dia berani sebab kami

Gambar : Yang Ke Dua Kalinya

Filem : A Moment to Remember (Korea)

Hari Ahad tanpa aktiviti melainkan tertiarap atas katil sambil menyelongkar youtube. Dengan unifi yang memang super duper laju dapatlah menonton filem tanpa sebarang buffering yang selalu menjahanamkan perasaan dan mood menonton. Memilih cerita korea kerana kebanyakan jalan ceritanya memang menarik bukan kerana siapa pelakonnya. Hari ini aku menonton 2 buah cerita Korea. Mula2 tajuknya 'Daisy'. Melalui ruangan komen, ada yang 'menawarkan' supaya menonton A Moment to Remember kerana menurutnya cerita ini lebih menarik dan menyedihkan. Jadi, aku terus klik cerita tu sebaik sahaja cerita Daisy tu habis. Cerita Daisy itu pun menarik. ^_^ Ya cerita selama hampir 2jam setengah itu memang tidak mengecewakan. Mengisahkan cerita mengenai seorang wanita menghadapi penyakit alzheimier (betul kot aku eja ni) pada usia 27 tahun yang mana semakin hari dia semakin lupa siapa orang disekelilingnya termasuk suaminya sendiri. Dia akan ingat sesuatu perkara tetapi akan lupa sele