Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Personal : Diet oh Diet!

Ada dua soalan cepumas daripada saudara mara bila bertemu -1) Mana orang tu?-merujuk  kepada seseorang yang istimewa yang akhirnya jawapan aku adalah 'orang tu takdak, hantu ada!' 2)Awat hang makin bulat? tettt....  Dolu-dolu masa zaman tak habis SPM, berat paling tinggi 50. Yalah dulu-dulu tu mana nak jumpa KFC, Pizza dan segala mak nenek fast food & frozen food. Paling tak sihat sekalipun makan jajan 20sen. Nak makan mi segera pun jarang-jarang. Dulu-dulu metabolisme badan tinggi, kau hadap makanan berat 5,6 kali seharipun tak berapa nak naik berat badan. Dulu-dulu nafsu makan tak segila ni! Makan malam pun cuma nasi dan lauk-pauk makan tengah hari.  Sekarang ni, makanan segera dan frozen itulah yang di hadap. Jajan 20sen tak pandang, sekali beli yang seringgit lima puluh sen. Mi segera pulak mesti wajib dalam stok. Makan malam kalau tak nasi, macam-macam yang nak sumbat dalam mulut. Jajan, biskut, mi segera, kopi segera, nugget, sosej... selagi tak tidur mu

Jodoh.

Sabtu dan Ahad hari tu aku berada di Kampung Sertik, Bentong. Menghadiri majlis pernikahan sepupu aku. Ia sekadar majlis meraikan yang dihadiri saudara-mara terdekat dan jiran-jiran terdekat sahaja. Tiada paluan kompang, khemah pengantin, majlis beradab dan sebagainya. Ini merupakan perkahwinan keduanya. Alhamdulillah, orang kata dah jodoh. Aku berharap perkahwinan ini menghadirkan bahagia untuk dia dan menjadikan dia manusia yang lebih matang. Semoga suaminya itu mampu menjaga dan memberikan kebahagaian dunia dan akhirat serta menjadi ayah kepada anak-anaknya. Minggu sebelumnya kawan aku juga bernikah tetapi aku tidak dapat menghadirkan diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Ia juga merupakan perkahwinan keduanya. Mendengar berita bahawa dia akan mendirikan rumah tangga dengan pilihan neneknya buat kali kedua perasaan aku bercampur baur. Terkejut sudah pasti. Kurang bersetuju juga ya. Tetapi dalam semua rasa itu, aku turut rasa gembira. Doaku moga tiada derita buat

Idea. Akan Datang.

Mimpi itu membacanya kepada Maryam Jameelah... Dia mencari... membawanya kepada dirinya yang fitrah... dan Maryam Jameelah?  Akan bertemu di subjekcinta.blogspot.com  ^_^ harap-harap boleh siap sebelum Sabtu!!