Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Semut Kukus

Sarang tak berapa nak menjadi sebab tuannya tak sabar nak kukus & juga kerana tuannya sesuka hati tukar air panas kepada air sejuk. :) Bahan-Bahan 1 cawan/mangguk gula pasir 1 cawan/mangkuk air --- ikut resepi yang tengok kat internet semua guna air panas tapi aku guna air sejuk je.. (nampak sangat pemalas) 1 cawan/magkuk tepung gandum 1 cawan/mangkuk susu pekat 1/2 cawan majerin/mentega 4 biji telor  1 sudu kecil soda bikarbonat - 2,3 titis esen vanilla Cara penyediaan 1. Goreng gula sehingga perang. Ikut suka nak perang macam mana. Kemudian tambah air. Kena berhati-hatilah masa masukkan air. Takut meletop pulak. Kemudian masukkan marjerin/mentega. Tunggu sehingga mentega cair dan tutup api. 2. Pukul telur sehingga kembang ataupun sebati antara kuning dan putih telur (untuk orang malas macam akulah). Kemudian masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati. Masukkan pula tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Gaul sehingga sebati