Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Resepi

Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Semut Kukus

Sarang tak berapa nak menjadi sebab tuannya tak sabar nak kukus & juga kerana tuannya sesuka hati tukar air panas kepada air sejuk. :) Bahan-Bahan 1 cawan/mangguk gula pasir 1 cawan/mangkuk air --- ikut resepi yang tengok kat internet semua guna air panas tapi aku guna air sejuk je.. (nampak sangat pemalas) 1 cawan/magkuk tepung gandum 1 cawan/mangkuk susu pekat 1/2 cawan majerin/mentega 4 biji telor  1 sudu kecil soda bikarbonat - 2,3 titis esen vanilla Cara penyediaan 1. Goreng gula sehingga perang. Ikut suka nak perang macam mana. Kemudian tambah air. Kena berhati-hatilah masa masukkan air. Takut meletop pulak. Kemudian masukkan marjerin/mentega. Tunggu sehingga mentega cair dan tutup api. 2. Pukul telur sehingga kembang ataupun sebati antara kuning dan putih telur (untuk orang malas macam akulah). Kemudian masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati. Masukkan pula tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Gaul sehingga se...

Tempoyak Goreng Bercili!

Tempoyak aku makan tapi durian aku kurang makan. Sebab, durian ada yang pahit! :D Balik kampung hari tu, emak aku sibuk dengan hal kenduri kendara rumah jiran jadinya aku sampai rumah tengah hari tu memang tak ada lauklah. Cuma mak aku goreng ikan keli je. Jadinya, aku selongkar peti ais jumpa tempoyak ngan petai. Waduh, memang tak boleh tahanlah! Jadi, aku telah mereka 'sambal' tempoyak aku sendiri. Adik aku yang kononnya nak diet tak mau makan nasi pun boleh bertambah gara-gara tempoyak punya pasal. Bahan untuk buat tempoyak goreng bercili ni senang je. Hanya perlukan bawang besar/bawang kecil, cili padi,sedikit air dan tempoyak serta sedikit minyak untuk menggoreng. Bawang besar/bawang kecil dipotong dadu dan cili padi dihiris kemudianya digoreng sehingga bawang dan cili tadi  sedikit garing. Kemudian, masukkan tempoyak dan sedikit air. Kacau sehingga bahan semua sebati dan tempoyak kembali likat/pekat seperti sedia kala. Makan dengan nasi panas, memang...

Resepi: Roti Prata Cendawan Cheese.

Aku ni gemar tengok rancangan 'Happy Together' yang disiarkan oleh KBS World. Kalau mata aku ni dah kuyu tak tahan nak tunggu rancangan tu pada pukul 11.30 malam setiap Rabu, aku tengok je kat youtube. Paling best adalah segmen 'Late Night Cafeteria' yang menghimpunkan resepi2 mudah tetamu sebagai hidangan di tengah malam. Memanglah nampak mudah dan biasa je tapi boleh bikin nafsu makan melonjak-lonjak. Cara Yoo Jae Suk dan Park Myung Soo 'hadap' makanan tu macam makanan tu sedap sangat. Tambah-tambah bila makanan pilihan majoriti tu mendapat pujian dari para tetamu dan hos rancangan tersebut. Depa makan mi segera tambah kimchi pun boleh buat terliur! Jadinya, berkat dari kesungguhan aku menonton rancangan tersebut akupun menjadi tukang pencipta resepi. Maka terhasillah makanan yang membatalkan diet seminggu : Prata Cendawan Cheese! Bahan-bahan:- 1. Roti Prata segera. 2. Cendawan Korea 3. Jelly Mushrooms 4. Isi ayam. 5. Cheese 6. ...

Resepi : Nasi Kanji / Bubur Nasi utara

Setiap kali bulan puasa, makanan yang paling suka adalah Nasi Kanji atau Bubur Nasi. Memang tak kisah kalau hari-hari sepanjang bulan Ramadan makan benda alah ni. Bila duduk sendiri, teringin nak makan Nasi Kanji kenalah buat sendiri. Minggu pertama puasa tu,  balik kampung dah dapat berbuka dengan Nasi Kanji. Sampaikan sahurpun makan benda yang sama. Satu lagi makanan yang best sehingga boleh tambah 2 pinggan nasi adalah lauk ikan masin goreng bersama bawang + cili! Yummy!! Nasi Kanji versi terlebih pekat. Jadi, nak kongsi jugalah resepi ni. Kot-kot ada yang tersesat cari resepi ringkas Nasi Kanji ni..  ^_^ Bahan-bahan :- Beras Santan  Garam Halba  udang kering Bawang Udang Geragau Lobak Masin - kena rendam dalam sejam dua, bagi hilang sikit masin dia Cara-Cara:- 1. Basuh beras bersama halba dan udang kering. Tanak nasi tu macam nak masak bubur. 2. Potong bawang nipis-nipis dan goreng bersama udang geragau. Bila ...