Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Dilema Mengundang...

Hari ini dah masuk tiga tahun tujuh bulan aku bekerja di tempat yang sama.  Dan... Dua tiga menjak ni aku mula rasa mahu cari kerja lain. Dalam banyak-banyak sebab aku nak cari kerja lain adalah kerana kebajikan yang tidak seberapa. MC tak boleh claim. Cuti tahun dari mula aku jadi pekerja tetap tiga tahun lepas sampai sekarang masih lagi sepuluh hari. Sedangkan orang lain setiap tahun bertambah bilangan cuti tahunnya. Aku? Sehari pun tak bertambah. Kemudian, sebab aku dah bosan kot dalam tiga tahun tujuh bulan ni buat kerja yang sama. Tempat aku kerja bukan ofis besar. Hanya ada 2 orang bos, 2 orang staf. Bos aku ni ejen PMB. Dia cuma jadi ejen unit amanah sahaja... yang insurans dia buat sipi-sipi je. Jadi bayangkanlah berapa banyak kerja yang aku boleh buat? Kemudian, alasan yang semakin membuatkan aku semakin mahu mencari kerja lain adalah rakan sekerja. Aku bukan mahu mengaibkan. Tapi pada usia dah masuk tiga puluh tahun, dah bekerja dekat dua tahun dekat sini masih lagi

Kerana Lelaki itu...

Kalau tidak kerana hal itu, mungkin aku akan lupa lelaki itu. Hal yang telah menjerut diri aku sekian lama, entah bila berkesudahan. Aku benci lelaki itu kerana atas nama persahabatan, dia khianati aku. Dia tidak pernah akan bahagia hatinya, jiwanya mati. Itu sumpah aku selagi jerutan ini menjerut kemas diri aku. Binalah bahagia, tetapi aku pasti bahagianya kosong.

Novel nak dijual!

Agak2 ada sesaper nak beli novel2 ni tak? Kalau boleh nak yang mau ke empat-empat novel sekaligus. Harga termasuk pos adalah RM 50 (Untuk ke empat-empat novel). Kalau ada yang berminat, emel kepada ciknera@gmail.com.... ke semua novel dalam keadaan baik. Terima kasih.

Wahai Anak...

Seteruk-teruk ibumu, dialah wanita paling wajib kau hormati. Sanggup ‘hilang’ ibu dari kekasih? Wajarkah? Beralah tidak pernah salah, berdiam tidak pernah buat kau kecundang. Memohon maaf tidak pernah menjadikan kau persalah. Cium tangannya, kucup pipinya. Beralahlah wahai anak! Kerana dia, ibumu itu syurgamu.

MAJALAH INFINITI : EDISI JUN 2013

Majalah Infiniti ni keluar setiap 15 hari bulan. Tapi hari ni baru dapat cari. Hari-hari kot aku dok jadi tukang jenguk majalah ni kat semua kedai buku area sini. Antara menarik edisi kali ini :- Rahsia di sebalik Grand Canyon Kaitan Pelukis karya terkenal ini, Leornarda Da Vinci dengan sniper Si Psikik dari Kelantan! Ben Southall, si penjaga Pulau Supermoon Tragedy Hillsborough - Dusta 23 Tahun! Nasib Angkasawan pesawat Columbia ini? Legenda Simo Hayha Sains & al-Quran : Di sebalik nama Haman Silalah beli untuk dapatkan lebih maklumat! RM3.80 sahaja! ^_^

Lawatan ke Pasar Seni a.k.a Central Market

Tajuk macam budak sekolah pergi rombongan sekolah je. :D Kali terakhir jejak kaki ke Pasar Seni, rasanya waktu tu Pasar Seni masih belum dibaikpulih dan tiada penambahbaikan lagi. Waktu tu rasanya tempat makannya terletak di atas bumbung lagi. Hari Sabtu hari tu tanpa sebarang rancangan kami ke Pasar Seni. Lepas juga hajat aku untuk ke sana. Terima kasih kepada rakan-rakan serumah yang sekepala. Lepas ke surau yang masih terletak di bahagian atas sekali (bumbung) masing-masing mencari tandas. Sekali masuk kena 50sen. Bukan soal cas tu yang buat kami rasa sedikit terkilan, sebab tandas dia memang bersih. Cuma, kami memgharapkan tandasnya lebih 'tradisional'. Ada paip! Ini tidak, 10buah tandas kesepuluh-sepuluh tu tanpa paip. Aduhai, nak tak nak gunalah juga walaupun tak selesa. Lepas tu, kami ke medan selera. Alhamdulillah, tempatnya lebih selesa. Makanannya boleh tahan, begitu juga dengan harganya. Misi aku ke Pasar Seni sebenarnya adalah untuk mencari poskad. Mana tidakny

POSKAD PERTAMA & KE DUA!

Seronok rasa hati dapat poskad hari ni! Satu dari Jerman dan 1 dari Finland. ^_^