Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Awal 2014: Rencam Rasa Hobi Baru

Awal 2014. Aku temui hobi baru. Dunia tulis-tulis aku mahu tinggal jauh. Harus aku akui bahawa aku ini sekadar dipinjamkan 'deria' itu sekejap cuma. Sedar diri! Dan jauh disudut hati, aku mahu meminggirkan diri dari mengenali orang luar. Serik! Serik kerana aku ini manusia yang tidak pandai bicara, sekali bicara ada hati yang tercarik ; atau sebenarnya hati itu terlalu sensitif pada hal yang remeh-temeh dengan alasan yang juga remeh-temeh?; atau aku yang tidak berakal untuk membezakan sensitif atau tidak sesuatu perkara? Biarkanlah! Jadinya, aku temui hobi baru. Selain mengirim poskad kepada orang yang tidak dikenali serata dunia yang membuatkan aku ukir senyum dalam rasa diri yang sering kali menganggu, aku sekarang punya hobi membuat kerongsang manik. Semuanya kerana gelang manik yang aku beli beberapa tahun lepas telah terputus talinya. Lalu aku mencari tali tersebut kerana sayang mahu membuang manik-manik yang masih elok dan aku menemui manik yang dijual secara boro