Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Resepi: Roti Prata Cendawan Cheese.

Aku ni gemar tengok rancangan 'Happy Together' yang disiarkan oleh KBS World. Kalau mata aku ni dah kuyu tak tahan nak tunggu rancangan tu pada pukul 11.30 malam setiap Rabu, aku tengok je kat youtube. Paling best adalah segmen 'Late Night Cafeteria' yang menghimpunkan resepi2 mudah tetamu sebagai hidangan di tengah malam. Memanglah nampak mudah dan biasa je tapi boleh bikin nafsu makan melonjak-lonjak. Cara Yoo Jae Suk dan Park Myung Soo 'hadap' makanan tu macam makanan tu sedap sangat. Tambah-tambah bila makanan pilihan majoriti tu mendapat pujian dari para tetamu dan hos rancangan tersebut. Depa makan mi segera tambah kimchi pun boleh buat terliur! Jadinya, berkat dari kesungguhan aku menonton rancangan tersebut akupun menjadi tukang pencipta resepi. Maka terhasillah makanan yang membatalkan diet seminggu : Prata Cendawan Cheese! Bahan-bahan:- 1. Roti Prata segera. 2. Cendawan Korea 3. Jelly Mushrooms 4. Isi ayam. 5. Cheese 6.

Menakutkan dan Menyedihkan!

Aku tidak tahu bagaimana untuk memahami karenah manusia yang pelbagai. Yang pada aku terlalu tidak dapat diterima akal. Apa yang aku faham, setiap manusia ada sifat dan sikap tersendiri tetapi yang aku tidak faham sifat dan sikap yang keterlaluan sehinggakan mendatangkan masalah pada orang lain. Hidup suami isteri perlu kenal erti toleransi. Perlu kenal erti tanggungjawab. Tidak kisahlah umur anda itu berapa puluh tahun sekalipun. Bila ijab dan kabul termeterai, akujanji terlaksana. Bercakaplah dan bertindaklah seperti anda seorang isteri mahupun suami. Tapi entah, kenapa ada yang masih tidak mahu cuba memahami!  ------------------------ Hidup adik beradik juga perlu toleransi. Bila sama-sama besar buanglah sikap iri hati, pentingkan diri. Yang dah berkahwin tunjuklah teladan terbaik untuk anak-anak. Jangan awak perangai mengalahkan budak-budak. Sedih, si adik yang terpaksa tanggung derita kerana sikap si kakak dan abang. Umur belum mencecah angka 30 sudah terpaksa menjad