Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Korean Movie

Korean Movie : The Weird Missing Case of Mr. J

Cerita ringan yang banyak gelak ketawa. Dalam bengkak-bengkak mata dan muka, aku layankan cerita kelakar lakonan aktor penuh karisma iaitu Lee Beom Soo. Ia mengisahkan berkenaan seorang 'fund manager' yang bernama Jeong Seung Pil a.k.a Mr.J yang tetiba hilang. Tunangnya telah melaporkan kepada pihak polis apabila lelaki itu tidak kembali ke kereta setelah keluar membeli rokok. Polis mula menjalankan siasatan dan kes tersebut menjadi bahan berita negara kerana Mr. J menguruskan dana yang berjumlah 50bilion.  Pekerja kedai serbaneka di mana Mr. J membeli rokok telah mereka cerita yang berlebihan. Salah seorang daripada polis tersebut menuduh tunang Mr. J yang menyebabkan kehilangannya kerana seminggu sebelum itu tunang lelaki itu telah mengeluarkan duit insurannya (?). Namun, tanpa bukti yang kukuh mereka tidak boleh mendakwa tunang lelaki tersebut. Kemudian, mereka mula menahan orang-orang yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan tersebut. Dalam pada itu, Mr. J ...

Filem Korea : Going By the Book.

Cerita ini berkisar berkenaan seorang polis trafik yang bernama Do Man, yang mempunyai kecenderungan untuk melakukan sesuatu mengikut buku yang mana selalu mendatangkan masalah kepadanya. Tetapi masalah paling besar kawasan itu adalah jumlah rompakan yang begitu menakutkan dan para penduduk meminta ketua polis baru yang telah dilantik untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah itu. Dan untuk menenangkan penduduk kawasan tersebut ditambah pula dengan cita-cita besar dirinya, ketua polis tersebut telah membuat satu rancangan/latihan untuk memerangi perompak tersebut. Setiap anggota polis telah diarahkan melakukan cabutan yang menentukan watak-watak mereka di dalam latihan tersebut. Do Man, mulanya mendapat kertas yang tercatat sebagai polis rondaan telah diminta oleh ketua polis tersebut untuk memegang watak sebagai perompak tanpa pengetahuan sesiapa. Menganggap ianya sebagai satu tugasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya, Do Man mula mempelajari pemikiran seora...

Take Off : Inspirasi Kisah Benar (Korea)

Kisah ini berinspirasikan daripada kisah benar berkenaan Korea Selatan yang mahu menjadi host untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk tanpa mereka sendiri mempunyai peserta bagi acara   Ski Jumping. Jadi untuk melayakkan mereka bertanding untuk menjadi hos pada Olimpik Musim Sejuk 2002, Pasukan Ski Jumping Korea Selatan telah dibentuk. Oleh kerana sukan ini tidak popular ia hanya mempunyai lima orang peserta/ pemain-( Bagi melayakkan mereka menyertai olimpik) Cerita ini tidak membariskan artis-artis idol atau terkenal dari Korea Selatan tetapi mereka cukup berbakat. Ha Jung Woo yang memegang watak sebagai Hyeon Tae-lelaki Korea yang dijadikan anak angkat oleh pasangan Amerika dan pulang ke Korea untuk mencari ibu kandungnya misalnya seorang pelakon kategori veteran yang cukup memberansangkan setiap lakonannya. Begitu juga dengan pelakon lainnya. Lee Jae Eung yang memainkan peranan adik kepada Kim Ji Seok  cukup berjaya membawa watak seorang autistic tetapi punya se...