Skip to main content

Posts

AKU PENAT

Bila aku mula tak ambil peduli pasal orang
Bila aku sudah malas nak bersuara
Tapi tetiba orang tu seperti sengaja mencabar aku!
Aku penat!
Susah sangat ke untuk aku rasa bahagia?
Bila aku tegur/buat aku dikatakan berkira
Tapi bila dia yang buat, tak terfikir dia sama sahaja?
Malah dia lebih teruk?

Aku dah penat
Penat sangat

Recent posts

Kematian

Hari ini kehilangan seorang kenalan.
Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku mengetahui cerita hidupnya.
Tidaklah rapat tapi setiap kisahnya sentiasa aku tatap.



Zahratul Ardiah Binti Ismail.
Moga kau dicucuri rahmatNYA.



Hati dan Perasaan

Kekadang kau bukan nak jadi kaki sentap tak bertempat. Melawak tu kena ada batas. Aku jaga batas aku melawak. Tapi kekadang orang tak tahu nak jaga batas melawak dengan aku. Tak kisahlah kau rapat mcm mana sekalipun. Jangan buat org tersinggung dengan kau.

Aku ni, selalu aku ya kan ajakan orang bukan sebab aku pantang diajak terus setuju. Sebab aku ni sejenis fikir dalam. Kekadang penat macam mana pun malas mcam mana pun aku setuju kalau orang ajak pi mana2. Duit tinggal rm10 pun aku ikutkan. Sebab aku tak pandai nak kata kan tidak. Melainkan aku demam atau sakit.

Orang nak pinjam duit, walaupun kadang2 aku pun cukup2 makan.. Aku cari sampai ada. Tapi bila aku nak pinjam, ada je alasan orang tu bagi.. Cepat je bagitau takde duit. Sedangkan baru semalam bgitau aku dapat gaji. Senang je kan kata tak de duit?

Aku memang kuat sentap. Aku sentap bila orang tak jaga batas.. Aku sentap bila orang ambik mudah pasal perasaan aku. Aku sentap bila orang yang aku selalu tolong bagi mcm2 alasan b…

Kosong

Kalau mak ada.. mesti mak suka.

Raya tanpa mak

Tahun ni pertama kali tanpa mak.
Semua kena buat sendiri.
Kalau mak ada, aku cuma jadi tukang tolong.
Kali ni aku yang jadi tukang masak.
Tahun ni takde rendang. Masa emak ada rendang menu wajib raya. Tapi tahun ni buat gulai daging ngan kuah kacang. Masa emak ada seingat aku sekali je buat kuah kacang.
Tahun ni raya aku mcm hilang. Hilang semangat.

13 april 18

Esok genap 3 bulan mak pergi.
Depan orang aku kuat. Aku kuatkan diri.
Tapi tak semudah tu.

Mak...
Harini Along teringatkan kesukaan mak. Kali terakhir mak datang sini Along bawak mak ke secret recipe. Along nak mak rasa makanan sedap.. lain dari biasa2.
Mak pilih pasta medley... berselera mak makan. Mak kata sedap. Banyak mak makan.