Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

KL - JAKARTA - BANDUNG - JAKARTA - KL

Kali pertama bercuti luar dari Malaysia. Tidak terlalu teruja dan seronok. Sebab mungkin ini bukan percutian idaman. Aku sekadar mengikut teman-teman serumah.  Penerbangan yang sudah ditempah seawal mei (?) 2013 terlaksana juga setelah pelbagai masalah. Pesawat yang dijangka tiba pada pukul 10.20 malam lewat lebih setengah jam. Jadinya kami tiba di Jakarta lebih kurang pukul 2 pagi waktu Malaysia. Terus minta  Pak Surya mencari tempat makan. Tiada kedai di buka sehingga pagi ataupun 24 jam melainkan KFC dan makanan segera lainnya. Selesai makan terus ke hotel penginapan. Pukul 5 pagi terjaga dari tidur, terkejut bila melihat hari sudah siang. Sudah cerah. Pada hematku yang kurang cerdik ini, kalau waktu Indonesia itu lewat sejam tentu sahaja peredaran waktu malam ke siangnya juga lebih lambat.  Pukul 8.30 pagi kami bergerak mengelilingi Jakarta. Ke Masjid Istiqlal, Ke MONAS, melewati Istana, ke muzium dan akhirnya ke Taman Mini Jakarta yang mengumpulkan pelbagai

Korean Movie : The Weird Missing Case of Mr. J

Cerita ringan yang banyak gelak ketawa. Dalam bengkak-bengkak mata dan muka, aku layankan cerita kelakar lakonan aktor penuh karisma iaitu Lee Beom Soo. Ia mengisahkan berkenaan seorang 'fund manager' yang bernama Jeong Seung Pil a.k.a Mr.J yang tetiba hilang. Tunangnya telah melaporkan kepada pihak polis apabila lelaki itu tidak kembali ke kereta setelah keluar membeli rokok. Polis mula menjalankan siasatan dan kes tersebut menjadi bahan berita negara kerana Mr. J menguruskan dana yang berjumlah 50bilion.  Pekerja kedai serbaneka di mana Mr. J membeli rokok telah mereka cerita yang berlebihan. Salah seorang daripada polis tersebut menuduh tunang Mr. J yang menyebabkan kehilangannya kerana seminggu sebelum itu tunang lelaki itu telah mengeluarkan duit insurannya (?). Namun, tanpa bukti yang kukuh mereka tidak boleh mendakwa tunang lelaki tersebut. Kemudian, mereka mula menahan orang-orang yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan tersebut. Dalam pada itu, Mr. J

SESALAN MASA LALU.

Orang kata, menyesal sekarang tiada guna. Memang. Apa boleh buat? Nasib diri! Sengaja sendiri cari nahas. Sekarang? Rasakan. Hati jahat aku kata:- moga-moga dia tak senang hidup! Bukan aku seorang, tapi hati-hati yang lain juga! jiwa-jiwa yang parah kerana dia! Tolol! - itu aku! Percaya pada benda yang kabur. atas dasar sahabat, yang tidak wujud pada dia. Dia tidak akan aman! Aku tidak akan pernah lupakan! Maafkan juga tidak! Selagi segalanya masih ada kesan!