Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Suspended Coffee?

Isu yang menarik perhatian aku di dalam majalah infiniti Edisi 50/Julai 2013  adalah berkenaan kopi tergantung ataupun dipanggil 'suspended coffee'. 'Suspended Coffee' ini sebagai contoh, anda memesan 3 cawan kopi. Anda minum 1 cawan kopi tetapi bayar untuk 3 cawan kopi. 2 cawan kopi lagi 'digantungkan' untuk diberikan kepada golongan gelendangan. Ia akan diberikan kepada mereka tanpa perlu soal jawab. Idea murni ini telah bermula sekian lama di Naples, Itali. Orang Itali memanggilnya 'coffee sospeso'. Ia masih dikekalkan sehingga hari ini. Malah idea Coffee Suspended ini telah berkembang di serata dunia. Antaranya Bulgaria, Australia dan Rusia. Walau bagaimanapun, ada yang mempersoalkan keberkesanan Coffee Suspended ini. Pertama, benarkah kopi-kopi itu diberikan kepada gelandangan? Kalau kopi-kopi itu tidak dituntut oleh gelandangan, apa yang berlaku terhadap duit yang dibayar untuk kopi tersebut? Pada aku senang sahaja, redha dan ikhl

Mood Melayang

Hari ni tak ada mood tetiba kerana satu hal. Walaupun bukan sesuatu yang besar tetapi tetap menjadi satu hal yang memusnahkan segala mood. Tapi tak apalah... Pada aku, senang sahaja... kalau dah sensitif sangat, tak perlulah aku nak bertegur sapa.  Mungkin sebab tu kot, aku lebih banyak diam daripada bercakap. Lebih banyak dengar dari menyuarakan.  Tapi kadang-kadang mulut dan tangan terlebih 'baik' pula. Nak buat macam mana kan? Aku luahkan kat sini sebab aku ni jenis memikir. Bodoh pulak rasanya.  Aku memang sensitif, tapi sensitif aku tidaklah sampai aku boleh gurau kasar tapi bila kena batang hidung sendiri melenting tak tentu pasal macam sesetengah orang. Aku sensitif bila orang yang aku rasa macam ini jadi macam itu, pada sesuatu benda yang sebenarnya tak ada apa-apa pun. Tapi... yalah, aku bukan psikik yang boleh tahu apa yang orang tu fikir. Tamat. Main bowling masuk longkang pun best ni!

Cinta Pertama : ....

Pahit... Manis, Derita... Bahagia, Cinta pertama... sukar dilupa. Patutkah? Bermimpi tidak pernah salah... Yang salah, hilang realiti kerana mimpi. Ingatan yang tidak pernah akan hilang. noktah. روبيرت

Kuasa Telepati?

Tengah isi borang apa entah, dengar suara orang tegur. "Tulis la lawa-lawa sikit." Pandang kiri kanan, ada dua tiga orang budak yang rasanya cakap pun tak berapa betul lagi. Tulis lagi. Dengar lagi suara tu. Dekat ngan telinga. Dan budak dua tiga orang tu memasing sibuk tengok borang yang di isi. "Dah cukup lawa lah ni." Akhirnya dia menjawab. Budak-budak itu kerut dahi. Datang seorang lelaki. "Akak ni hebat... dia boleh tau apa yang kita fikir." Lelaki itu senyum lebar. "Jadi awak tahulah saya nak cakap saya sukakan awak?" Aku blur. Geleng kepala. Aku tak boleh baca fikiran orang yang sukakan aku? Telefon berdering-dering. Aku buka mata. Ah, mimpi rupanya! ♥♥♥ KUASA TELEPATI TU WUJUD KER?