Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Filem Korea : Going By the Book.

Cerita ini berkisar berkenaan seorang polis trafik yang bernama Do Man, yang mempunyai kecenderungan untuk melakukan sesuatu mengikut buku yang mana selalu mendatangkan masalah kepadanya. Tetapi masalah paling besar kawasan itu adalah jumlah rompakan yang begitu menakutkan dan para penduduk meminta ketua polis baru yang telah dilantik untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah itu. Dan untuk menenangkan penduduk kawasan tersebut ditambah pula dengan cita-cita besar dirinya, ketua polis tersebut telah membuat satu rancangan/latihan untuk memerangi perompak tersebut. Setiap anggota polis telah diarahkan melakukan cabutan yang menentukan watak-watak mereka di dalam latihan tersebut. Do Man, mulanya mendapat kertas yang tercatat sebagai polis rondaan telah diminta oleh ketua polis tersebut untuk memegang watak sebagai perompak tanpa pengetahuan sesiapa. Menganggap ianya sebagai satu tugasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya, Do Man mula mempelajari pemikiran seora

Lupa Tampal Setem!

2.30am.  Masih berjaga kerana asyik memikir perihal surat yang dihantar ke client yang dirasakan tidak bertampal setem. Aduhai, saje cari bahana namanya! Sudahlah nak cuti raya ni. Hati jadi tak senang pulak. Hari tu telefon pos malaysia telefon x berjawab. Google punya google terjumpa kalau tak tampal setem penerima kena denda rm1. Memanglah tak banyak tapi kalau melibatkan tukang bagi bos aku komisen tu maksudnya aku nak kena maki lah kan? Tak pasal nnti kena buang! Alahaiiiiiiiiiii.....