Monday, July 22, 2013

Resepi : Nasi Kanji / Bubur Nasi utara

Setiap kali bulan puasa, makanan yang paling suka adalah Nasi Kanji atau Bubur Nasi. Memang tak kisah kalau hari-hari sepanjang bulan Ramadan makan benda alah ni.

Bila duduk sendiri, teringin nak makan Nasi Kanji kenalah buat sendiri. Minggu pertama puasa tu,  balik kampung dah dapat berbuka dengan Nasi Kanji. Sampaikan sahurpun makan benda yang sama. Satu lagi makanan yang best sehingga boleh tambah 2 pinggan nasi adalah lauk ikan masin goreng bersama bawang + cili! Yummy!!


Nasi Kanji versi terlebih pekat.



Jadi, nak kongsi jugalah resepi ni. Kot-kot ada yang tersesat cari resepi ringkas Nasi Kanji ni..  ^_^


Bahan-bahan :-

Beras
Santan 
Garam
Halba 
udang kering
Bawang
Udang Geragau
Lobak Masin - kena rendam dalam sejam dua, bagi hilang sikit masin dia

Cara-Cara:-
1. Basuh beras bersama halba dan udang kering. Tanak nasi tu macam nak masak bubur.
2. Potong bawang nipis-nipis dan goreng bersama udang geragau. Bila sudah garing, angkat.
3. Bila nasi tu dah jadi bubur dan air sedikit kering, masukkan santan, garam dan lobak masin yang dihiris nipis( kalau nak lebih rasa lobak tu, potong tebal-tebal). Biarkan dalam 10minit, kemudian masukkan bawang goreng dan udang geragau tadi.
4. Siap!

Yang Lobak masin tu kalau tak nak campur sekali dengan bubur masa masak, boleh je tabur masa nak makan. Goreng atau mentah!

No comments:

Teddy Bear

Ingatan yang tidak dapat dilupakan. Teddy Bear. 🤣🤣😂😂😅 Macam manalah benda alah tu wujud lagi.