kredit : Aksara Keraian Facebook Mulai esok, pihak AKSARA KERAIAN akan mempersembahkan cerpen-cerpen daripada penulis-penulis Aksara Keraian sendiri. Di mana setiap penulis telah diminta untuk menghasilkan cerpen yang bukan 'makanan' mereka. Kalian akan melihat penulis yang sebelum ini lebih kepada tema cinta diminta untuk menulis dengan tema thriller. yang selau menghidangkan kita dengan kisah-kisah aksi/thriller/seram pula akan dikerah tenaga untuk menghasilkan cerpen berbentuk cinta dan keagamaan. Bagi MN, MN akan menulis kisah kanak-kanak berdasarkan dongeng rakyat. Jujur, MN pernah terfikir mahu tarik diri. Masakan tidak, menulis cerita kanak-kanak bukannya mudah ditambahkan pula perlu ada unsur dongeng. Cerpen kanak-kanak tentulah sasarannya untuk bacaan kanak-kanak( walaupun yang akan membaca di laman Aksara itu bukan kanak-kanak ye... hehehe). Jadi, disebalik dongeng yang mahu dijadikan ramuan cerita, cerpennya perlu ada nilai-nilai yang perlu dipelajari bila c...