Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Personal : Pemergian

Hidup mati itu rahsia ALLAH. Pasti. Kekadang kita langsung tak menyangka orang yang dekat dengan kita ataupun paling tidak orang yang kita kenal tetiba pergi meninggal dunia. Bekas rakan sekerja aku baru meninggal dunia semalam. Aku terkedu. Minggu lepas diberitahu arwah kena tahan di wad dan akan dibedah kerana sakit buah pinggang. Mendengar itupun sudah buat aku terkejut besar. Semalam kawan aku telefon, dia beritahu arwah sudah nazak. Untuk dapatkan kepastian aku hubungi bekas bos aku. Dia memberitahu bahawa arwah terjatuh semasa ke hospital untuk mencuci darah. Semasa terjatuh arwah masih boleh bangun dan pergi ambik ubat lagi tapi ketika nak ke motor arwah rebah dan pengsan. Arwah koma dan menurut doktor harapan untuk arwah sedar terlalu tipis. Akhirnya, dalam pukul lapan aku menerima panggilan lagi dari bekas bos aku menyatakan arwah sudah meninggal dunia. Kami baru sahaja berniat mahu menjenguk arwah di hospital esok tapi aku tak sempat. Selepas menerima berita tu aku

Personal : Majlis Seorang Kawan

24.11.2012 Akhirnya seorang lagi kawan baik aku bertukar status. Tahniah untuk Vinoth & isteri. Kerana majlisnya malam, hampir sahaja aku tak jadi pergi kalau tak ada orang nak meneman. Tapi rasa serba salah kalau tak pergi sebab Vinoth yang aku kenali amat senang bila diajak atau diminta sesuatu. Nasib baiklah si Jemley a.k.a Abang Jem dapat cuti. Yalah, kalau dia tak cuti mahunya si Vinoth merajuk lima kurun. Haha Kami sama-sama berkawan sejak belajar di Pulau Pinang. Alhamdulillah masih kekal berkawan sampai sekarang. Aku dikira rapat dengan Vinoth dan Abang Jem (Orang Sabah) sebab sama-sama duduk kat area sini. Kawan-kawan yang lain semua duduk jauh-jauh. Berbalik pada majlis resepsi Vinoth, waktu nak makan ayahnya siap beritahu Abang Jem lagi yang makanan yang disediakan halal, jadi jangan risau. Menunya sebijik macam menu orang Melayu kahwin. Nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging, pecal, sambal terung dll. Aku makan dengan tanpa peduli dan ayu ke tak. Lapar pu

Nota : ♥^^v

Orang kata, suami rendah dari isteri murah rezeki... itu orang kata. Nadirah kata... ■■□■■■□□■ Lelaki dingin itu sebenarnya bukan dingin tara mana. Si dingin nampak comel bila pakai cermin mata bingkai besar sambil baca surat khabar kat kedai mamak. Cuma dia perlu senyum sedikit. Bukan nak culikpun kalau dia senyum! ~ Gadis rahsia. ●○●●○○○○○●●● Selalu nampak bila pergi kerja. Sama ada waktu jalan kaki atau naik teksi. Gigih betul dia naik basikal pergi kerja. Bila naik bukit terpaksalah tolak basikal tu. Tak sangka pulak dia boleh tegur. Bertegur sapa itukan sesuatu yang baik? ~ Pengguna laluan pejalan kaki.

Personal : Adik Lelaki Aku.

Nama adik lelaki aku Omar Azmi. Umur dia 24 tahun.  Emak pernah bercerita dengan aku. Emak: Hari tu emak ada mesej Mi.. Mak cakaplah 'amboi Mi... senyap ja...' Lepas tu Mi balaslah mesej emak tu. Dia kata ' Adik mana ada cuti nak balik.' Emak balaslah, mak kata bukan dia nak suruh dia balik sini, suruh telefon ja.. takpun mesej sekali sekala. Ini diam ja. Adik aku tu tak reti menyembang. Tapi duit top up dok minta kat aku jugak walaupun dah kerja. Dia nyembang dengan kawan-kawan dia, dia retilah. Biasalah lelaki. Kalau mak aku tak mesej @ telefon dia, dia pun tak mesej/telefon lah.  Hari tu aku baca status facebook dia. ' da lame tak balik kampung , hari tu mak col , uh sebak la gak . . . . ada masa blek la kg ..' Baru-baru ni jugak, gambar profile dia dah tukar... dia letak gambar dia dengan mak masa raya tahun lepas. Sweet pulak aku rasa adik aku ni. hahaha Semalam aku SMS dengan dia. Dia beritahu aku dia nak balik kampung, dia nak mintak cuti 3 hari

Kak, Mahal Sungguh Senyumanmu!

Senyum itu sedekah... sedekah yang besar maknanya. Kalau tidak senyumpun, maniskan muka. Andakan berniaga? Masuk farmasi, muka masam. Masuk kedai runcit muka masam jugak. Masa bulan puasa hari tu, mereka ni bukak gerai jugak. Masam! Ini cara orang berniaga? Yang lelaki2 muka manis2 walaupun tak senyum. Yang perempuan2 ni tak tahu pesen apa. Susah sangat nak tunjukkan tanda 'mengalu-alukan' pelanggan. Senyumlah! Maniskan muka! Kalau tak menghadap pelanggan tak apa! Lagipun, tak rugi apapun... Jangan senyum gedik sudah! Sila berlatih senyum depan cermin.