Kisah ini berinspirasikan daripada kisah benar berkenaan Korea Selatan yang mahu menjadi host untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk tanpa mereka sendiri mempunyai peserta bagi acara Ski Jumping. Jadi untuk melayakkan mereka bertanding untuk menjadi hos pada Olimpik Musim Sejuk 2002, Pasukan Ski Jumping Korea Selatan telah dibentuk. Oleh kerana sukan ini tidak popular ia hanya mempunyai lima orang peserta/ pemain-( Bagi melayakkan mereka menyertai olimpik) Cerita ini tidak membariskan artis-artis idol atau terkenal dari Korea Selatan tetapi mereka cukup berbakat. Ha Jung Woo yang memegang watak sebagai Hyeon Tae-lelaki Korea yang dijadikan anak angkat oleh pasangan Amerika dan pulang ke Korea untuk mencari ibu kandungnya misalnya seorang pelakon kategori veteran yang cukup memberansangkan setiap lakonannya. Begitu juga dengan pelakon lainnya. Lee Jae Eung yang memainkan peranan adik kepada Kim Ji Seok cukup berjaya membawa watak seorang autistic tetapi punya se...