Isu yang menarik perhatian aku di dalam majalah infiniti Edisi 50/Julai 2013 adalah berkenaan kopi tergantung ataupun dipanggil 'suspended coffee'. 'Suspended Coffee' ini sebagai contoh, anda memesan 3 cawan kopi. Anda minum 1 cawan kopi tetapi bayar untuk 3 cawan kopi. 2 cawan kopi lagi 'digantungkan' untuk diberikan kepada golongan gelendangan. Ia akan diberikan kepada mereka tanpa perlu soal jawab. Idea murni ini telah bermula sekian lama di Naples, Itali. Orang Itali memanggilnya 'coffee sospeso'. Ia masih dikekalkan sehingga hari ini. Malah idea Coffee Suspended ini telah berkembang di serata dunia. Antaranya Bulgaria, Australia dan Rusia. Walau bagaimanapun, ada yang mempersoalkan keberkesanan Coffee Suspended ini. Pertama, benarkah kopi-kopi itu diberikan kepada gelandangan? Kalau kopi-kopi itu tidak dituntut oleh gelandangan, apa yang berlaku terhadap duit yang dibayar untuk kopi tersebut? Pada aku senang sahaja, redha dan ikhl...