Semakin hari semakin lama CN tak punya idea nak menulis. Banyak ada dalam draf. Tapi mukadimah je ada, jalan cerita semua tak ada. CN ni memang tak mampu nak tulis beratus-ratus bab / beratus-ratus muka surat. Haila...Tak ada bakat sungguh nak menulis lebih2 ni.
Entry kali ini, CN nak promote dua buah novel. Dua buah novel tulisan teman-teman di alam maya. Satu dari Cik Ian, teman yang CN kenal dari satu gabungan. Rasanya kami makin rapat kot! hahaha....
Entry kali ini, CN nak promote dua buah novel. Dua buah novel tulisan teman-teman di alam maya. Satu dari Cik Ian, teman yang CN kenal dari satu gabungan. Rasanya kami makin rapat kot! hahaha....
Luka lama berdarah kembali apabila Ahmad Firasz kembali dalam hidup Renda. Kisah hitam yang disimpan kejap dalam kamus hidupnya kini terbongkar dek pengetahuan keluarga Ahmad Firasz. Kerana terpaksa, Renda dan Ahmad Firasz hidup bersama. Namun, ikatan pernikahan yang terbina tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan kedua-dua insan ini sebelum Ahmad Firasz mengetahui kebenaran kisah hitam yang dialami oleh Renda. Terbit rasa bersalah Ahmad Firasz terhadap Renda. Bagi melihat kebahagiaan Renda, dia telah mengambil keputusan untuk melepaskan Renda. Namun, tanpa pengetahuan Ahmad Firasz, keputusannya itu telah menghancurkan hati Renda yang telah mula menerimanya dalam hidupnya. Kerana kecewa, Renda pergi membawa diri ke Perancis. Di sanalah dia memulakan hidup yang baharu sehingga menemukannya dengan Raihan Hasyri, insan yang sangat menyayanginya. Namun, mampukah kebahagiaan itu kekal dalam hidupnya? Apakah lagi yang bakal dihadapi oleh Renda? - kredit kakinovel.
CN memang tak sabar nak baca sebab dolu-dolu CN jadi silent reader kat blog Cik Ian ni...hehehe... CN ni tak reti nak komen2.. datang baca je, kalau korang yang masih tak tahu blog cik Ian ni ni CN sertakan blog beliau. Banyak mak cik ni punya blog. :P
Yang personal, CN tak mau kongsi tanpa kebenaran penulis. :D
Satu lagi, tulisan Kak Nozi. Kenal kat ruang maya ni juga. Walaupun novel beliau nipis seperti kata beliau sendiri, tetapi mampu menyiapkan satu manuskrip untuk diterbitkan bukan? - Tapi bagi CN, 400 muka surat tu dah cukup tebal dah... CN nak capai 300 mukas surat pun seksa yang amat! Dah merapu meraban dah!
Kerana sebuah janji Dahlia menerima Dani sebagai suami. Kerana sebuah janji, sebuah ikatan perkahwinan dimeterai. Kerana sebuah ikatan Dahlia menyayangi si suami sepenuh hati. Apabila kebahagiaan menyinari hari-hari Dahlia dan Dani, ada pula yang iri hati sehingga sanggup menabur fitnah kepada Dani. Dani yang tidak dapat menerima kenyataan itu dengan tega mengasari si isteri hingga menyebabkan si isteri pergi membawa diri. Setelah kebenaran terbukti, Dani sangat menyesal dengan keterlanjuran diri. Kerana sebuah janji yang dipersetujui dengan Dahlia, dia terpaksa memendam perasaan sehingga membuatkan hidupnya merana sendiri. Dahlia yang membawa diri masih menanti si suami datang memujuk hatinya kembali. Mampukah mereka meneruskan janji yang telah mereka setujui? Sampai bilakah mereka perlu memendam perasaan sendiri?
Apa kata korang dapatkan ke dua-dua tulisan mereka ini. Ada sesiapa nak bagi percuma kat CN? hihi
Comments