Monday, December 10, 2012

Filem : A Moment to Remember (Korea)


Hari Ahad tanpa aktiviti melainkan tertiarap atas katil sambil menyelongkar youtube.

Dengan unifi yang memang super duper laju dapatlah menonton filem tanpa sebarang buffering yang selalu menjahanamkan perasaan dan mood menonton.

Memilih cerita korea kerana kebanyakan jalan ceritanya memang menarik bukan kerana siapa pelakonnya. Hari ini aku menonton 2 buah cerita Korea. Mula2 tajuknya 'Daisy'. Melalui ruangan komen, ada yang 'menawarkan' supaya menonton A Moment to Remember kerana menurutnya cerita ini lebih menarik dan menyedihkan. Jadi, aku terus klik cerita tu sebaik sahaja cerita Daisy tu habis. Cerita Daisy itu pun menarik. ^_^

Ya cerita selama hampir 2jam setengah itu memang tidak mengecewakan. Mengisahkan cerita mengenai seorang wanita menghadapi penyakit alzheimier (betul kot aku eja ni) pada usia 27 tahun yang mana semakin hari dia semakin lupa siapa orang disekelilingnya termasuk suaminya sendiri. Dia akan ingat sesuatu perkara tetapi akan lupa selepas itu. Dia akan lupa akan perkara2 yang baru berlaku tetapi mengingat perkara yg sudah lama berlaku termasuk bekas kekasihnya. Sehinggakan dia memanggil suaminya dengan nama bekas kekasihnya.

Namun, apabila dia melihat gambar-gambarnya bersama suaminya berserta nama yang tertulis di atas gambar tersebut dia mula teringat pertemuan pertamanya denga  suaminya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya supaya lelaki itu dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Part yang suami dia baca surat yang dia tinggalkan itulah yang membuatkan aku menangis. Huhu. Sampaikan aku kena bangun dan berhenti sekejap dari menonton. Kalau sebelum ni aku setakat mengalir air mata je tapi cerita ni buat aku menangis sampai aku rasa macam sesak nafas. Teruk betul!

Orang kata, orang filem Korea pandai buat filem yang sedih tapi menarik. Cerita kelakar pun kadang-kadang mereka selitkan babak-babak yang menyedihkan sampaikan kita yang tengah gelak sakan ni boleh tetiba mengalirkan air mata.

Selasa ni cuti lagi, bolehlah godek-godek lagi cerita menarik. :D

A Moment to Remember : https://www.youtube.com/watch?v=e0D5aHNMAuY&feature=youtube_gdata_player

♥♥♥♥♥/♥♥♥♥♥

1 comment:

Rapunzeel Cikilolo said...

daisy dah tonton tapi yang ni belum lagi :)

Teddy Bear

Ingatan yang tidak dapat dilupakan. Teddy Bear. 🤣🤣😂😂😅 Macam manalah benda alah tu wujud lagi.